Kerajaan PR Selangor Kaji Ternak Babi Secara Moden Dan Berskala Besar

BANTING - Kerajaan negeri sedang menunggu kajian daripada dua buah syarikat bagi perlaksanaan Modern Pig Farming di Ladang Tumbuk.

Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, Unit Perancang Ekonomi Negeri  (Upen) ditugaskan untuk meneliti syarikat terlibat sebelum memilih syarikat mana yang sesuai bagi memastikan projek itu dilaksanakan walaupun dalam tempoh jangka masa panjang.

Menurutnya, mengikut rekod terdapat 128 pengusaha ternakan babi di Kuala Langat.

"Keadaan ini memerlukan lokasi sesuai untuk penternakan,” katanya kepada media selepas menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai status kawasan penternakan itu.

Azhar memaklumkan, di Ladang Tumbuk sahaja terdapat empat buah ladang di mana ia menempatkan 1,000 ekor babi di kawasan seluas empat hingga lima ekar tanah.

Katanya, penduduk mula meluahkan rasa tidak selesa ekoran bau kurang menyenangkan berikutan pertambahan bilangan haiwan berkenaan.

selangor-modern-pig-farm

“Bagaimanapun, jika penternakan secara moden dibangunkan di Ladang Tumbuk secara berkelompok ia bakal mengelakkan masalah pencemaran sungai disebabkan sisa buangan ternakan itu yang dipercayai dibuang secara berleluasa.

“Namun, pelbagai langkah sedang dilakukan termasuk pemantauan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan veterinar dan mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh pejabat daerah setiap dua minggu,” katanya.

Selain itu, pihaknya mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memantau kualiti air yang dilepaskan oleh pengusaha terlibat ekoran keadaan air yang berwarna hitam dan berbau.

Tinjauan yang dilakukan ke beberapa lokasi ternakan babi di sekitar Kuala Langat mendapati beberapa sungai berwarna kehitam-hitaman.
Share on Google Plus

About Unknown

4 comments:

  1. Sanggupkah kerajaan negeri selangor menukar darul ehsan menjadi darul khinzir? Apa kata anda warga selangor..

    BalasPadam
  2. nak cadang dalam buAt kajian tu dapatkan juga nasihat jawatankuasa syura pas pusat dulu,kalau halal bukakah saham kilang tu pda alhli pas, kalau boleh buat macam ladang rakyat dikelantan.... pikirkan

    BalasPadam
  3. MDKL nak tolong penternak babi kebanyakkan penternak ladang haram bersatu dan mendapat geran tanah secara percuma, sedangkan kaum melayu terus dipinggirkan dan dihalau sekiranya tanah ladang yang baru bakal didirikan di tanah org melayu......

    BalasPadam
  4. hapuskan terus penternakan ladang babi kat malaysia beli tanah kat thailand buat ladang babi kat sana. air pun bersih dan tak berbau

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.