'Jambu' Anwar Tersingkir Pemilihan Naib Presiden PKR

rafizi-ramli-jambu-anwar

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli yang petah dalam sesuatu isu akhirnya disingkirkan oleh ahli parti sendiri apabila terkeluar daripada senarai empat calon yang memperoleh undi tertinggi bagi pemilihan jawatan naib presiden.

Ahli Parlimen Pandan itu ketinggalan sebanyak 126 undi di belakang Dr Xavier Jayakumar yang berada pada kedudukan keempat apabila mendapat 17,461 undi.

Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas mendapat 17,587 undi.

Menerusi beberapa siri pengumuman keputusan pemilihan sejak tiga bulan lalu, Mohd Rafizi secara konsisten berada pada tangga ketiga namun terpaksa akur dengan kedudukan terkini yang membabitkan keputusan 195 daripada 198 cabang yang selesai menjalankan proses pemilihan dan pengiraan undi.

Bagaimanapun masih terdapat tiga lagi cabang  yang belum menyelesaikan pemilihan dan pengiraan undi iaitu Kelana Jaya, Puchong dan Pensiangan.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin turut memberi kejutan apabila berada pada tangga ketiga pemilihan Naib Presiden apabila mendapat 18,777 undi.

Selain itu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua kekal menguasai pemilihan jawatan Naib Presiden.

Nurul Izzah memperoleh 27,031 undi manakala Tian Chua mendapat 20,490 undi.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.