Rayer Dikecam Wakil Rakyat Tidak Berotak

RSN-Rayer-DAP-Celaka
Gara-gara mulut celupar Adun Sri Delima, RSN Rayer kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ahli UMNO dalam sidang Dun Pulau Pinang pada Selasa lalu telah menyebabkan lebih 100 pemuda Melayu berhimpun di hadapan pejabat DAP bagi mengecam tindakan kurang ajar adun itu.

Ungkapan 'celaka' yang ditujukan Rayer kepada seluruh ahli UMNO di Malaysia dianggap sebagai perbuatan biadap yang tidak sepatutnya ditunjukkan oleh seorang yang bergelar wakil rakyat, apatah lagi bila perkataan 'celaka' itu disebut ketika persidangan dewan.

Bagi menzahirkan rasa tidak puas hati ekoran kenyataan tidak berotak wakil rakyat DAP, kumpulan anak muda Melayu itu turut membakar membakar gambar pemimpin DAP berkenaan sambil melaungkan kata-kata amaran di hadapan pejabat DAP yang terletak di Jalan Beserah.

Kumpulan anak Melayu berkenaan terdiri daripada Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Pemuda Umno Bahagian Kuantan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri serta Majlis Belia Daerah Kuantan.

Biarpun keadaan agak tegang sedikit, namun tiada berlaku sebarang kekecohan atau perkara yang tidak diingini. Setelah tiada sebarang maklum balas dari wakil pejabat DAP, kumpulan anak Melayu mula bersurai setengah jam kemudian.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. woi , lain kerja tarak, sikit2 demostrasi, sikit2 demostrasi, tapi abok pu tarak , kelin cina maki jugak, ada dia orang kesah , baik jadi macam kitol , dudu ruma main telor , kemudian bodek cina india, nanti bole jadi P.... M.. ,...

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.