Terlalu Kenyang Makan Duit Haram Punca Mat Taib Keluar UMNO

mat-taib-duit-haram

Admin: Apabila hidup sudah terlalu banyak melantak duit haram, hati yang berwarna merah boleh bertukar hitam dan gelap sehingga tidak boleh diwarnai lagi. Siapa yang tidak kenal dengan bekas Menteri Besar Selangor, Mat Taib ini yang dulunya pernah menjadi pemimpin dan mengumpul kekayaan melalui UMNO.

Siapa pula boleh lupa tentang kisah gelap Mat Taib ini, semasa menjadi pemimpin UMNO dulu, dialah antara pemimpin UMNO selepas Anwar Ibrahim paling lahap menelan segala duit 'haram' ketika berjawatan dahulu seperti yang didakwanya hari ini setelah menjadi 'ahli syurga' PAS.

Kenyataan Mat Taib yang menuduh kononya UMNO tiada roh Islam dalam parti itu dan tidak peduli soal halal haram hanyalah bertujuan untuk mengaburi mata rakyat dan membodohkan ahli PAS supaya mereka leka akan kisah silamnya.

Biarpun Mat Taib kini sudah berimej Islam sejak menjadi ahli PAS, namun dirinya masih tidak layak untuk mengur orang lain kerana dengan tindakanya itu akan membuka lebih bayak pekung dan kisah aibnya yang cuba disembunyikan selama ini.

Bernarkah Mat Taib benar-benar sudah bertaubat Nasuha setelah menyertai PAS? Sama-sama kita nilaikan apa yang dikata oleh Mat Taib di bawah ini dan semoga tabiat buruknya ini tidak menjadi ikutan kepada pemimpin lain setelah tidak berjawatan.

Mat Taib: Umno tiada roh Islam, sapu halal haram
 
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib menegaskan tindakan beliau keluar daripada Umno selepas menyedari bahawa hidup bukan hanya bermatlamatkan dunia sahaja tetapi akan menuju ke alam akhirat.

Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, sistem pemerintahan negara semakin rosak dan pemimpinnya pula tidak berminat untuk membetulkan keadaan seperti diajar agama.

“Khatib di masjid tadi sebut tugas kita ‘amar makruf nahi mungkar’ (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).

mat taib“Keluar masjid buka TV, tengok makruf banyak ke atau mungkar banyak,” katanya pada Karnival 60 Tahun PAS Johor yang berlangsung di Parit Tarom, di sini, semalam.

Turut serta pada majlis itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS, Johor Aminolhuda Hassan.

Sehubungan itu, Muhammad yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat berkata, pemimpin sedia ada perlu ditukar dan atas sebab itu beliau bertindak menyertai PAS.

“Kita nak selamat dunia akhirat. Nabi Muhammad SAW pesan kalau nak selamat kena ikut al-Quran dan Sunnah. Zaman Umno memang buat surau, pergi haji, umrah, sembahyang terawih, tapi rohnya tidak ada.

“Yang betul buat jugak dan tak betul pun buat jugak. Menari pun buat jugak,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.
Share on Google Plus

About Jering Daily

1 comments:

  1. AGAKNYA DIA YANG TIADA ROH TU. TAKKANLAH NAK BINA MASJID, PERGI HAJI DAN MEMBANTU UMMAH KALAU TIADA ROH ISLAM. TAK PAHAM AKU.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.