Penjenayah Sekarang Lebih Faham Hudud Berbanding Pemimpin PAS?

hukum-hudud
Kerajaan Negeri Kelantan perlu beri penerangan kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana hukum hudud yang ditafsirkan oleh PAS ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berpegang kepada konsep keadilan sejagat.

Sebenarnya tidak sukar untuk memahami jenis-jenis hukuman yang terdapat dalam hukum Hudud ini, misalnya hukum orang yang mencuri itu adalah potong tangan. Walau pun hukum Hudud ini bunyinya agak keras tetapi hukuman ini sebenarnya masih tidak menakutkan penjenayah. Ini kerana penjenayah tahu untuk melaksanakan hukum  Hudud  ke atas mereka ia memerlukan beban bukti (atau saksi) yang tinggi seperti empat orang saksi.

Dengan adanya beban bukti yang berat ini seperti memerlukan empat orang saksi itu ia bukan saja sukar untuk dikemukakan malah agak mustahil untuk menghukum penjenayah ini dengan hukum hudud. Akhirnya hukum takzir jugalah yang terpaksa diguna-pakai seperti mana yang diamalkan sekarang (atas sebab tidak cukup bukti tadi).

Jika hukum takzir juga yang akhirnya terpaksa diguna pakai, jadi dimana berkesannya hukum hudud ini yang walau pun sudah wujud tetapi ia masih tidak boleh dilaksanakan (kerana keperluan beban bukti yang ketat tadi)? Apakah hukum Hudud benar-benar dapat menakutkan penjenayah untuk tidak melakukan jenayah mereka sedangkan penjenayah ini sendiri tahu hampir tidak mungkin hukum hudud dapat dilaksanakan ke atas mereka kerana beban bukti yang ketat itu?

Lagi pun mana mungkin sesaorang penjenayah itu mahu melakukan jenayah mereka didepan empat orang saksi dengan mengharapkan mereka akan dihukum dengan hukuman hudud? Justru tidak mungkin penjenayah ini rasa takut melakukan jenayah selagi mereka tahu bagaimana hendak menyembunyikan jenayah yang mereka lakukan itu daripada dilihat oleh empat orang saksi, sekurang-kurangnya mereka tahu mereka akan terlepas daripada dihukum hudud.

Jadi, ada atau tidak hudud ini pun mereka tetap bebas melakukan jenayah yang sama seperti sebelum adanya hukum hudud. Justru penerangan-penerangan seperti inilah yang patut diperjelaskan oleh kerajaan Negeri Kelantan tentang tafsir hudud yang hendak mereka laksanakan itu.

Oleh: Nordin KCD

Kelantan Sedia Beri Penerangan Isu Hudud

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia memberi penerangan kepada semua pihak berhubung pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sudah tiba masanya hukuman hudud yang bakal dilaksanakan di negeri ini diperjelaskan bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan menimbulkan polemik sehingga menakutkan pelbagai pihak.

“Dalam masa enam bulan ini, kita sudah bersedia menjelaskan isu ini, tidak kira kepada sesiapa pun sama ada umat Islam atau bukan Islam.

“Dengan penerangan itu nanti, diharap dapat memberi pendedahan sebenar mengenai hukuman ini yang merupakan undang-undang Islam dan diperintahkan ALLAH SWT untuk dilaksanakan demi kebaikan bersama,” katanya pada sidang media di pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.