Nik Nazmi Terlepas, Hakim Mahkamah Rayuan Ahli Seumur Hidup PAS?

nik-nazmin-mohd-arrif

Dalam satu keputusan penting oleh mahkamah kedua tertinggi di negara ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang menghukum mereka yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.

Dengan ini, hukuman di mana penganjur berdepan dengan denda RM10,000 diisytiharkan batal dan tidak sah.

Dalam keputusan sebulat suara membatalkan tuduhan terhadap Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, panel tiga orang hakim itu juga mengisytiharkan calon ketua AMK itu, yang didakwa di bawah PAA, dilepas dan dibebaskan.

Beliau didakwa berhubung dengan perhimpunan Black 505 selepas pilihan raya umum 2013.

Panel tersebut diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof yang berkata, tidak ada dalam Akta itu yang membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

Dua lagi hakim ialah bekas Presiden Peguam Malaysia Datuk Mah Weng Kwai dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer - Malaysiakini

Latar Belakang Mohd Arif Mohd Yusof

Jawatan politik: 
Bekas calon PAS PRU11 (2004) bagi DUN N.39 Kota Damansara

Keputusan PRU11:

Pertandingan 2 penjuru bagi kerusi DUN N.39 Kota Damansara, Mohd Arif Mohd Yusof calon PAS kalah kepada calon BN, Mohd Mokhtar Dahlan dengan jumlah majoriti yang besar.

Keputusan tersebut telah menyebabkan Mohd. Arif mengumumkan persaraan dari politik dan kembali aktif dalam kerjaya perundangan. Dia dilantik sebagai salah seorang hakim di Mahkamah Rayuan.

Banyak kes yang dikendalikannya yang melibatkan pihak BN dan PR telah berpihak kepada PR.

Antara kes-kes kontroversi dan 'pelik' yang melibatkan hakim ini adalah kes seorang individu yang dituduh sebagai blogger RBF Online, kes saman TV3 dan kes memutuskan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam kes RBF Online, hakim ini telah diminta tarik diri oleh peguam serta defendan, namun dia melenting dan enggan berbuat begitu. Akhirnya keputusan berpihak kepada Husam Musa.

Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Apa punya haram kejadah si PENJILATPENJENAYAH ni boleh mempermainkan undang-undang sesuka hati seolah sistem perundangan dan kehakiman bapa dia punya, sampai GANGSTER/PENGGANAS/GENGKONGSI GELAP yg. ditaja si DAPBANGKAI/PKRSODOM , boleh BERMAHARAJALELA kat Negara Islam kita ini?!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Kesultanan Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.