Nik Aziz Kecewa, Karpal 'Pergi' Dulu Sebelum Sempat Lihat Hudud Dilaksanakan

Nik-Aziz-karpak-hudud

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan perasaan terkilan ekoran tidak sempat memberikan penjelasan menyeluruh kepada mendiang Karpal Singh yang terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Menurut Nik Aziz, beliau yakin Karpal akan menyokong pembentangan rang undang-undang hudud di Parlimen sekiranya penjelasan yang menyeluruh diberikan kepadanya.

"Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud," katanya menerusi akaun Facebook beliau, hari ini.

Jelas Nik Aziz, Karpal mungkin tidak akan menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan sepertimana kerajaan negeri meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) sebelum ini.

"Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh.

"Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali," katanya lagi.

Nik Aziz turut menyatakan ucapan takziahnya kepada keluarga Karpal di atas kematian Ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebut dan pemergian Karpal juga dianggap sebagai satu kehilangan dalam arena politik tanah air.

"Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

"Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda.

"Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat," tambahnya.

Sumber: Rakyat News
Share on Google Plus

About Unknown

11 comments:

  1. utk KS - Rest in Hell.. untuk mereka yg mengaku islam tapi baca Al Fatihah utk KS maka Allah SWT telah berfirman "Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka. (QS. At-Taubah: 113)". semoga dia atau mereka ini mendapat hidayah.

    BalasPadam
  2. Yang hantar Surat namanya BUKAN karpal singh, Surat tu tak setuju dengan Hudud ala PAS , tapi sokong sepenuhnya Hudud Islam yg sebenar. Tidak bercerita dengan penuh sama lah Juga macam berbohong. Baca ayat dan hadis tak penuh untuk niat tertentu. Menghampiri munafik. Tak tertanggung Khifarat kelak. Tabung memali apa cerita?

    BalasPadam
  3. Apa yg kau dendam sangat dgn Tun M? Kawan tu dah lama berhenti Gomen.

    BalasPadam
  4. Duit tabung memali? Tarik balik pengharaman buku Cekgu Non

    BalasPadam
  5. sudahlah nik aziz. bila orang tu dah mati, boleh la cakap macam2.
    masa orang tu hidup, apa hang buat?
    Allah bagi hang masa lebih 20 tahun pegang Kelantan, apa hang buat?
    disebalik ceramah, kuliah subuh etc... pelacuran, pil kuda masih ujud. hang nak salahkan sapa? tak sempat nak dakwah depa?
    itu belum kira yang makan duit haram hasil dari kerja menyeludup seberang sempadan. apa alasan hang? tak sempat nak dakwah?
    piiirraaahhhh...

    -zahimi

    BalasPadam
  6. Nik ajis buat lawak yg cuma penganut2 pas aje percaya.Dia ingat karpal baru hidup dan anti Islam sehari dua?Karpal jauh lebih bijak dan berprinsip dari nik ajis.Penentangan dia terhadap Islam dan hudud adalah jitu dan tak berbelah-bagi.Bukan macam nik ajis,hari ni cakap lain esok cakap lain.Kemasukan dap dalam pakatan menguntungkan dap dan merugikan pas,menguntungkan kafir dan merugikan Islam.tapi nik ajis nampak ke?Haraammm..

    Lepas karpal mati pun pas tak akan mampu buat hudud sambil bagi macam2 alasan dan menyalahkan orang lain.

    Unit amal pas pun dah isytiharkan karpal mati syahid,nik ajis setuju ke?Agama apa pas ni sebenarnya?

    BalasPadam
  7. Tengah panik skrg ni, sebab skrg dah tak ada sebab tak buat. Apa tunggu lagi, sila kemukakan draf usul kedewan dgn segera.

    BalasPadam
  8. Lulus je hudud - kita minta PAS angkat sumpah bagi tahu kat mana tabung memali

    BalasPadam
  9. I dont have to say more. The rest of comments are truly reflected who this old man is.

    BalasPadam
  10. Sepatutnya pork nick kecewa kerana tak sempat ISLAMkan Karpal Singh, ini kecewa sebab pork nick buat keje secara lembab. Dah 23 tahun jadi MB pun tak setel2 soal hudud, nak kata dulu Tun M halang tak timbul isu pun. Tahun Tun M berhenti jadi PM tu, pork nick duduk atas katil hospital ke???? Saje nak buat alasan je lebih....

    BalasPadam
  11. Babi Islam bergelar Tok Guru ni kecewa????!!!!!

    Jangan kecewa pergi ikot Karpal Benggali Kominis Sial tu sama2 ka Neraka!!!

    Melayu/Islam mcm N.ajis ni cepat mampos bagos selamat Negara dan Bangsa!!!

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.