MH370: Anwar Akan Terus Memburukkan Negara Selagi Tidak Di Penjara

mh370-anwar-burukkan-imej-negara

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 disifatkan sebagai sekadar modal meraih simpati rakyat demi keuntungan politik semata-mata.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata tuduhan melampau Anwar yang mengatakan kerajaan menyembunyikan maklumat berkaitan tragedi itu sangat tidak berasas dan boleh diibarat sekadar cakap kosong sahaja kerana tidak mempunyai fakta sahih.

"Dia cakap tidak ada isi, cakap kosong hendak bagi rakyat sedap dengar supaya rakyat percaya dan timbul keyakinan kepada pakatan pembangkang. Ini modal politik yang sudah lapuk.

"Mana mungkin kerajaan sanggup sorok maklumat pasal MH370 ini sedangkan 26 buah negara besar seperti China pun terlibat sama dalam misi pencarian. Di sini maklumat sudah terdedah pun, apa lagi yang dikatakan kerajaan sembunyi maklumat," katanya.

Anwar dilaporkan mendakwa kerajaan sengaja menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370 dalam temu bual dengan akhbar The Telegraph UK.

Anwar berkata sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

Sehubungan itu, Abdul Aziz meminta Anwar supaya tidak terus bersandiwara dengan memutarbelitkan cerita asal berhubung kehilangan pesawat berkenaan kerana dapat memberi impak negatif terhadap hubungan diplomatik Malaysia dengan negara yang terlibat dalam misi pencarian MH370.

"Kini sudah sampai masa untuk dia (Anwar) bertakwa dan menginsafi apa sebenarnya berlaku dan bukannya putar belit cerita. Perlu ingat banyak anggota keluarga penumpang terlibat," katanya.

Sementara itu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata Anwar tidak akan berhenti memburukkan kerajaan selagi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai.

"Segala perkara baik kerajaan buat dia tetap akan mencari salah dan melemparkan tohmahan yang boleh hilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan pada masa yang sama, boleh raih keuntungan politik," katanya - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.