KUALA LUMPUR -
Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendiriannya untuk terus membantah
pelaksanaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) walaupun ia telah diluluskan
oleh Parlimen lewat malam semalam.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa langkah kerajaan BN meluluskan rang undang undang tersebut akan membuka ruang kepada penyalahgunaan dan terbukti tindakan rakus itu mengenepikan prinsip keadilan sejagat.
"Sekalipun undang-undang itu bertujuan baik untuk mencegah jenayah tidak boleh dipertahankan apabila ia mengetepikan prinsip keadilan dan mencabul hak asasi yang diperakui dunia.
"Seksyen 19A ini terdedah kepada salah guna kerana bukan sahaja maksud penahanan tanpa bicara digunakan untuk kes jenayah, tetapi ia juga untuk maksud keselamatan dan ketenteraman awam yang saling dikaitkan dengan aktiviti politik kepartian," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut sidang Dewan Rakyat pada tengah malam tadi yang meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah dan ia telah dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Akta Pencegahan Jenayah itu diluluskan malam semalam selepas hampir kesemua anggota Parlimen Barisan Nasional termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di bangunan Parlimen.
"Yang diPertua, menurut Arahan 90(2), saya mencadangkan usul untuk menghentikan perintah Arahan Tetap 12 bagi membenarkan mesyuarat menyelesaikan semua perkara yang harus diselesaikan hari ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Dalam pada itu, Anwar juga menegaskan menteri di kementerian dan jabatan kerajaan yang didapati melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan dana awam tersebut perlu diheret ke muka pengadilan, bukannya pegawai atau penjawat awam yang seringkali dijadikan “kambing hitam”.
“Menteri kena bertanggungjawab, bukan salahakan pegawai mereka...kita tidak mahu mereka (SPRM) beri alasan bahawa ia dalam siasatan dan dalam pertimbangan,” katanya lagi.

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.