JAIP Tahan Imam Dipercayai Pengikut Syiah

aqidah-syiah
ROMPIN: Seorang imam dipercayai pengikut ajaran syiah ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di kuarters kakitangan ladang Risda Pekoti Timur dekat sini Jumaat.

Ketua Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek berkata imam berumur 64 tahun itu disyaki mengamalkan ajaran itu sejak enam tahun lepas.

Menurutnya, turut dirampas dalam operasi kira-kira 2 petang ialah beberapa buku dan peralatan dipercayai berkaitan dengan ajaran itu.

"Antara barang yang dirampas ialah tiga ketul batu turba, sepaket tanah yang dipercayai dari Karbala dan sehelai kain kapan dipercayai dari Iran," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata lelaki itu berdepan kemungkinan tuduhan mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun.

Ahmad Raffli berkata Pahang telah mewartakan pengharaman ajaran syiah pada 12 September lepas.
Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ditahan, imam yang berasal dari Kelantan itu ada bersama anak lelakinya berumur 32 tahun manakala isteri imam itu dipercayai berada di kediaman mereka di Felda Selancar.

Imam yang bertugas di ladang itu mendapat tauliah daripada JAIP sejak 20 tahun lepas, kata Ahmad Raffli sambil menambah lelaki itu dipercayai hanya mengamalkan ajaran itu secara sembunyi dengan tidak menyebarkannya kepada orang ramai.

Imam itu dipercayai aktif menyertai aktiviti sebuah kumpulan yang ada kaitan dengan ajaran itu serta kerap mengunjungi beberapa markas ajaran syiah termasuk di Gombak, Selangor.

Ahmad Raffli berkata JAIP akan sentiasa memantau pergerakan mana-mana kumpulan atau individu yang cuba menyebarkan ajaran itu di negeri ini dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti mereka berbuat demikian. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.