FGV Beli Keseluruhan Saham FELDA Holdings

Felda-Global-Ventures
FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan membeli baki 51 peratus saham yang tidak dimilikinya dalam FELDA Holdings Bhd (FHB) daripada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) dalam satu janji niaga bernilai RM2.2 bilion.

FGV dalam kenyataannya mengumumkan perkara itu semalam berkata, ia sudah mencapai persetujuan dengan KPF untuk mengambilalih kira-kira 113 juta saham FHB yang dimiliki koperasi itu pada harga RM19.61 sesaham.
“Pengambilalihan itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan daripada ahli KPF dan pemegang saham FGV, dan ia dijangka akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini,” katanya sambil menambah pembelian itu akan dibiayai menggunakan dana yang diraihnya daripada tawaran awam permulaan (IPO) sebelum ini dan juga pinjaman.

FGV berkata, apabila pembelian itu diselesaikan, ia akan menyaksikan kumpulan itu muncul sebagai sebuah syarikat perladangan minyak sawit bersepadu sepenuhnya.

Ia akan membolehkannya meraih kecekapan operasi serta sinergi dalam rantaian nilai perladangan kumpulan, pada masa sama menyelaraskan pengurusan dan kepentingan ekuiti aktiviti pertengahan dan hilirannya.

FGV ketika ini hanya menguasai 49 peratus kepentingan dalam FHB. Apabila pembelian itu diselesaikan, FHB akan menjadi anak syarikat miliknya.

Sumbang secara positif

“Pengambilalihan ini dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan FGV kerana FHB adalah sebuah kumpulan yang menguntungkan,” kata FGV dalam kenyataan berkenaan.

FHB kini adalah pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar dunia berasaskan jumlah pengeluaran. Tahun lalu, ia menghasilkan 3.3 juta tan MSM yang mewakili lapan peratus daripada pengeluaran dunia bagi komoditi itu.

Operasinya disokong hampir 19,000 pekerja yang dibantu lebih 40,000 tenaga buruh di 138 ladang milik FELDA, 71 kilang minyak sawit, tujuh kilang penapisan, empat kilang penghancur isirung, sembilan kilang getah, kilang pembuatan dan beberapa logistik dan pukal pemasangan di seluruh Malaysia dan beberapa lokasi di luar negara.

Ia mempunyai 49 anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama yang beroperasi di Malaysia dan empat di luar negara. Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, FHB mencatatkan keuntungan bersih RM484.2 juta.

Bonus khas

Sementara itu, Pengerusi KPF, Datuk Faizoull Ahmad ketika dihubungi BH berkata, koperasi itu akan menggunakan sebahagian daripada RM2.2 bilion yang diraih daripada penjualan kepentingan dalam FHB itu untuk membayar bonus khas kepada lebih 200,000 ahlinya.

Sebahagian lagi, katanya akan dilabur semula dalam beberapa sektor yang berpotensi untuk menjana keuntungan seperti sektor perladangan di dalam dan luar negara.

Beliau bagaimanapun, enggan memberitahu peratusan yang akan diagihkan sebagai bonus khas itu.

“Pengumuman lanjut mengenai perkara ini bagaimanapun akan dibuat dalam mesyuarat agung tahunan KPF nanti,” katanya.
Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

  1. Aku heran lah sama2 lah cari rezeki keuntungan yg dapat dari kpf tu kan untuk org islam melayu dn sedikit org non muslim kenapa nk nafikan hak itu zalim betullah , mcm ni ke yg kononnya HIDup melayu piiiiiidah bodoh punya najib @ pendek babi

    BalasPadam
  2. Sial punyaa fgv group of isa jahanam

    BalasPadam
  3. Memang pon..fgv..fuck geng virgin..

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.