PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Khamis
menerima satu lagi aduan berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif
Pusat (CEC) DAP yang baharu.
Timbalan Ketua Pengarah ROS, Alias Mamat berkata, semua aduan yang
diterima akan disiasat secepat mungkin namun hasilnya tidak boleh
didedahkan kepada umum.
"Kita khuatir jika hasil laporan didedahkan kepada umum akan
menjejaskan mana-mana individu atau pertubuhan," katanya kepada
pemberita selepas menerima aduan itu daripada Goh Swee Huat, anggota DAP
cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang di pejabatnya di sini.
Alias berkata, pihaknya juga masih belum menerima sebarang dokumen daripada DAP mengenai pemilihan baharu itu.
Sementara itu, Goh ketika ditemui pemberita, berkata beliau mahu ROS
menyiasat berhubung ketidaktelusan pemilihan baharu CEC pada 29
September lepaskerana dipercayai ada anggota yang dipecat turut mengundi
dalam pemilihan itu.
"Pemilihan CEC juga harus dibuat menerusi kongres kebangsaan bukan
kongres khas atau kongres khas kebangsaan. Ini sudah melanggar
undang-undang parti," katanya. -BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.