Tun M Ajak Rakyat Tonton Filem Tanda Putera

tunM tanda putera

SHAH ALAM: Rakyat sepatutnya dibenarkan untuk menonton filem berkisar tentang sejarah seperti Tanda Putera dan New Village, dan mereka akan membuat keputusan sendiri mengenainya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika mereka mahu mengharamkan Tanda Putera, mereka sepatutnya mengharamkan kedua-dua filem.

"Jika mereka mahu menayangkan filem, mereka sepatutnya menayangkan kedua-duanya. Kemudian, rakyat akan membuat keputusan berdasarkan pandangan mereka," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta pandangan mengenai keputusan untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera.

Filem Tanda Putera merupakan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang menggambarkan mengenai rusuhan 13 Mei 1969, memfokuskan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Manakala New Village, berlatarkan zaman penjajahan British pada era 1950an di Tanah Melayu, dan menggambarkan kisah cinta antara seorang gadis kampung dan seorang gerila komunis, yang mengimbas mengenai kehidupan kaum Cina pada zaman darurat.

Sumber: Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. x berapa suka tgk serious movie hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abis tu awak suka tengok movie yang macam mana? Cintan cintun yer..

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.