KUALA LUMPUR: Pelakon Lisa Surihani mengakui mempunyai darah
kacukan Cina, India dan Bugis memberi kelebihan kepadanya dalam
mempelajari pelbagai budaya kaum di negara ini.
Lisa, 26, berkata, dia lebih menghargai hubungan persaudaraan antara
kaum yang seharusnya menjadi pegangan kepada setiap rakyat Malaysia.
"Kita hidup bersama dalam satu negara tidak perlu timbulkan apa-apa
perkara yang mencetuskan sensitiviti kaum yang mana akhirnya mengundang
perkara tidak diingini.
"Saya bersyukur kerana dalam diri saya ada mengalir pelbagai darah
daripada kaum Cina, India dan Bugis, ia mungkin kelebihan dapat
mendekati dan memahami pelbagai budaya," katanya ketika ditemui pada
majlis kempen Hari Merdeka Astro, di sini, Sabtu.
Tambah Lisa, dewasa ini pelbagai isu tentang perkauman yang menimbulkan perpecahan antara kaum seharusnya tidak ditimbulkan.
"Kita patut buka mata dan menyedari isu ini sangat memberi kesan pada perpaduan kaum.
"Sebagai orang dalam industri seharusnya ada cara atau medium untuk kita kembalikan semula keharmonian negara," katanya.
Dalam pada itu, sebagai selebriti Lisa berkata dia positif dalam menyokong segala kempen berkaitan perpaduan negara.
"Saya seorang yang sentiasa bersikap positif, apabila ada sahaja
aktiviti yang memberi faedah saya akan berada di hadapan untuk
menyokong," katanya.
Sementara itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56,
Astro melancarkan kempen #gobeyond dan #urmalaysianisshowing dan
pelancaran muzik video bertajul Excuse me Sir, your Malaysian is
Showing.
Melalui kempen ini, rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai kempen
#gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media
sosial.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.