Sudah Tiba Masanya Untuk Umno & PAS Bersatu Demi Islam

umno-pas-bersatu-demi-islam

Dengan 'Tsunami Cina' yang semakin besar, parti politik berteraskan Melayu-Islam perlu mempertimbangkan untuk bersatu supaya bangsa Melayu dan agama Islam masih menjadi teras utama di negara ini. PAS dan Umno seharusnya mempertimbangkan saranan banyak pihak supaya kedua-dua parti itu membentuk kerajaan perpaduan bagi membolehkan Melayu tidak terpinggir sekaligus menggemis di tanah air sendiri.

Hanya dengan penggabungan kedua-dua parti itu, Malaysia akan terselamat daripada anasir asing, serta pertempuran politik perkauman sempit yang menjurus kepada kehancuran pembinaan bangsa Malaysia yang sekian lama disemai di tanah air ini.

Penggabungan antara PAS dan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP nyata tidak berjaya apabila Melayu, Islam dalam PAS bersedia untuk memilih wakil DAP sebagai pemimpin mereka, sedangkan kominiti Cina masih lagi tetap dengan "Cina untuk Cina" mereka.

Ia terbukti apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman tewas di kerusi DUN di Kulai, manakala Salahuddin Ayub tewas di kerusi DUN Nusajaya, yang mana kedua-dua kawasan itu, mempunyai wakil rakyat Parlimen DAP. Kawasan yang ditandingi mereka juga berada dalam kelompok majoriti Cina, yang secara lagiknya, tiada masalah untuk dimenangi mereka.

Namun amat menyedihkan apabila hanya calon Parlimen dan DUN berbangsa Cina menang di kerusi majoruti Cina, tetapi calon Melayu PAS tersungkur kerana pengundi Cina tidak mengundi mereka. Tanpa gandingan kukuh PAS dan Umno, Melayu akan terus terpecah sehingga mengakibatkan generasi akan datang terpaksa merayu untuk mendapatkan hak mereka.

Lebih malang lagi, pemimpin Melayu PKR sebaliknya tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri apabila sanggup memperjudikan nasib keturunan sendiri semata-mata mengejar undi kaum lain. Kemerosotan PAS dalam Pilihan Raya Umum 13 seharusnya menjadi iktibar bahawasanya mereka tidak sesuai bekerjasama dengan parti yang melupakan asal keturunan dan ketuanan Melayu di negara ini.

Sebelum nasi menjadi bubur, dan Melayu terus terpinggir dek perpecahan dan perbezaan ideologi politik, sedangkan seharusnya politik itu menjadi asbab Melayu untuk bersatu. Menunding jari dan menyalahkan pihak ketiga bukanlah caranya mencari penyelesaian, sebaliknya perpaduan amat diperlukan hari ini demi mengekang Tsunami Cina ini daripada berleluasa ke sektor lain selepas ekonomi dan politik.

Bukti sudah jelas, PAS tidak serasi bersama PR, selain digunakan untuk menarik undi Melayu bagi menyokong Cina, sedangkan masyarakat Cina sendiri tidak bersedia menyokong PAS. Melalui kerajaan perpaduan PAS dan Umno, bukan sahaja Melayu Islam akan terselamat, bahkan juga keamanan, kestabilan, dan kedudukan institusi kerajaan yang dipimpin oleh sistem beraja dan perdana menteri Melayu juga tidak akan terhapus.
Share on Google Plus

About Jering Daily

2 comments:

  1. Batu penghalang perpaduan PAS+UMNO adalah Nik Aziz sendiri. Aku x faham2 smpi skrg, digelar ulama', tpi kuat berdendam smpi nk ludah org. Andaikata dakwaan PAS yg UMNO yg khianati PAS dulu (x taw spe benar, sape salah, Allah yg lebih mengetahui), org2 UMNO yg berada masa tu, ade lagi ke dlm kepimpinan najib skrg ni? Jgn kerana perkara lama itu, kita sanggup gadaikn perpaduan yg cuba dicetuskn itu. Adakah PAS telah berputus asa dgn UMNO? Bknkah sifat putus asa tu tidak baik dlm islam? Bila dihulur tgn utk perpaduan....knp dicebik mulut? Cukup2 lah. Tak fikirkah, bilamana org2 PAS berdoa kecelakaan kpd UMNO, doa tu tidak diperkenankn. Sebaliknya, penguasaan kerusi UMNO dlm BN makin meningkat. Manakala Kedah yg dikuasai PAS, tewas. Lain kali, jgn doakn keburukn utk org islam yg lain. Jgn terlalu sombong, anggap anda terbaik dan org lain x taw apa2. Adakah UMNO doakn kehancuran PAS? Xde langsung. PAS perjuangkn islam, maka tunjukknlah contoh akhlak Rasulullah dlm tindak tanduk PAS. Bnyk bersabar, tidak berputus asa, tidak doakn kecelakaan utk org lain sesama agama, tidak memaki org, tidak berdendam dan lain2. Bkn nk kata UMNO akhlak baik, tpi dgn perpaduan kita boleh sama2 menegur utk perbaiki diri masing, utk kepentingan umat islam. Buangkn sifat berprasangka buruk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju bro dengan pandangan tu..Selama ni Nik ajis jadi penghalang utama umat islam bersatu.

      Cuma boleh berharap MB Kelantan yg baru ni lebih terbuka hatinnya..

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.