Kajiselidik UUM dan MPN Lebih Terperinci Dan Tepat Daripada UMCEDEL

bancian-kajiselidik-uum-pru13

Menjelang pilihan raya, ramai penganalisis yang menjalankan kaji selidik bagi menentukan siapa yang bakal menerajui kepimpinan mengikut suara rakyat. Salah satu daripadanya, kajiselidik yang dijalankan oleh Institut Kajian Politik (MAPAN) UUM dan Majlis Profesor Negara (MPN).

Hasil kajian itu menunjukkan PM Najib Razak dan BN lebih mendapat sokongan rakyat berbanding pakatan pembangkang yang nampaknya bakal tumbang pada PRU kali ini.  Kajiselidik UUM & MPN ini lebih terperinci dan merangkumi sampel yang tepat dibandingkan dengan kajiselidik UMCEDEL yang hanya mengambilkira pelajar-pelajar Semenanjung sahaja.

Sampel kajiselidik tersebut menunjukkan 3550 pengundi layak berbilang bangsa dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kajiselidik ini berkadar 95% tahap keyakinan dengan margin of error 0.022 dan itu menunjukkan bahawa kadar kesilapan yang sangat kecil.

Jika kajian ini menunjukkan lebih keyakinan rakyat terhadap BN, ini merupakan satu kelebihan bagi kerajaan untuk terus menerajui kepimpinan negara. Hasil kajian yang melibatkan rakyat ini lebih memberi peluang untuk rakyat menyatakan pilihan dan keyakinan mereka kepada parti yang dipercayai mereka.

Rakyat nampaknya sudah ramai kembali untuk memberi kepercayaan kepada kerajaan, mungkin akibat serik dengan kepimpinan pembangkang yang hanya berlandaskan retorik semata.

Pembangkang ada juga membuat kajiselidik, termasuk Anwar sendiri yang menampilkan hasil kaji selidik beliau di dalam blog rasminya. Nampaknya, kajian itu merupakan satu kajian yang boleh diragui. Banyak angka dan juga hasil-hasil kaji selidik yang sebenarnya tidak kukuh dan kurang meyakinkan.

Macam mana juga kajian yang dijalankan oleh pihak pembangkang, nampaknya gagal untuk menambah keyakinan rakyat untuk menyokong parti itu. Sudah banyak penipuan dan pembohongan yang dilakukan pembangkang yang sudah tidak dapat dibayar semula dengan apa-apa jua untuk membeli kepercayaan rakyat.

Apa-apa pun, pilihan raya sudah semakin hampir, rakyat sudah semakin bijak untuk memilih dan menentukan apa yang mereka inginkan. Yakinlah dengan pilihan yang dibuat, semoga negara lebih aman dan maju. Jangan digadai masa depan negara, inilah khazanah dan satu-satunya warisan yang ada untuk ditinggalkan untuk anak-anak kita. Bijaklah dalam memilih.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.