Husam Kini Bukan Lagi 'Budak Cerdik' Kesanyangan MB Kelantan

husam-musa-menangis-pas

Dulu sikit-sikit Husam, pandang kanan Husam, toleh kiri Husam juga yang dicarinya. Pantang celik mata otak keliru tak tahu cara penyelesaian maka Husamlah yang menjadi rujukan Nik Abdul Aziz Nik Mat meskipun sekian lama yang menjadi Menteri Besar Kelantan adalah dirinya.

Demikianlah betapa bernilainya Husam Musa di mata Nik Aziz sehingga digelarnya sebagai budak cerdik dan pintar sehingga akhirnya tiada siapa pun di kalangan pemimpin PAs berani menjentik kesilapan Husam walau sekelumit pun.

Tapi sekarang, serentak dengan perletakan jawatan Nik Aziz sebagai MB Kelantan dibawanya bersama Husam apabila MB yang baru, Ahmad Yaakob enggan mempertahankan kedudukan Husam sebagai Exco Kanan dengan alasan gagal mendapat perkenan Sultan Kelantan.

Malang betul nasib Husam, sudahlah tewas teruk dalam PRU-13 baru-baru ini di Parlimen Putrajaya ditambah pula tak dapat menjadi MB dan hilang pula jawatan Exco Kanan, satu demi satu bahana menimpa bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Husam yang menyedari jalan politiknya kian berliku nampaknya sukar menerima keadaan ini, mungkin disebabkan itulah dikerahkan ahli PAS DUN Salor untuk bangkit memprotes secara terbuka terhadap MB Kelantan yang baru dengan harapan manalah tahu kot mendapat perhatian ahli PAS yang lain.

Tapi sekali lagi malang menimpa Husam, hanya beberapa kerat saja yang sanggup berkumpul tanda menyokongnya menjadikan himpunan bantahan itu bagai mencurah air ke daun keladi tak meninggalkan sebarang kesan yang signifikan.

Akhirnya kelak, jika keadaan ini berterusan, silap gaya Husam akan terkontang kanting keseorangan sampailah pemilihan P+AS yang akan datang dan bakal ditendang pula dari jawatan Naib Presiden parti.
Share on Google Plus

About Jering Daily

4 comments:

  1. Dah boleh tukar nama Husam jadi Kusam ....hihiiii

    BalasPadam
  2. msk umno lak husam. dulu lu lain skrg dah banyak belubah.

    BalasPadam
  3. kesihan kusam... sabar je lah. Allah dah pun memberi balasan..

    BalasPadam
  4. Hasil doa dari penyokong pas di kelantan semasa Munajat di stadium dan doa kehancuran utuk UMNO/BN...Umno/ BN bertambah kerusi Dun dan Parlimen,kedah jatuh ketangan Umno/BN,Pas bergaduh pasal Jawatan EXCO di Kelantan..Ustaz Azizan kena kerat kaki serta merta..selepas pru 13 nik aziz masuk wad dan orang yg didoakan untuk hancur seperti DS Najib dan Tun M,,masih sihat..Allah membalas seta merta diatas doa kehancuran keatas sesama islam

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.