PRU13: Perebutan Kerusi, Petanda Sudah Tiada Lagi Nilai Jihad Dalam PAS

pas-baring-atas-jalan

Ramai ahli dan penyokong PAS tepuk dahi sendiri melihatkan suasana hiruk-piruk dan berpuak-puak dalam perebutan kerusi sesama sendiri sempena PRU-13 terutama sekali di Kelantan.

Suasananya agak panas, kelam kabut dan serba bercelaru. Itu gambaran jelas betapa kalutnya proses pemilihan calon-calon PAS untuk PRU-13, semacam tiada lagi nilai jihad dalam perjuangan para pemimpinnya.

Dari A sampai Z berkucar 'wak yah' kerana wujudnya puak-puak berlainan kepentingan yang merasakan kroni dan waris warah masing-masing lebih berhak menjadi calon terutama sekali di kawasan yang dikira selamat.

Pengumuman calon misalnya yang sepatutnya berlangsung pada 12 April 2013 dalam majlis Himpunan Kelantanku Hijau tapi gara-gara kekalutan yang berlaku memaksa ianya ditunda kepada 17 April 2013.

Setelah nama-nama calon diumumkan, lagi sekali ahli dan penyokong PAS menepuk dahi sendiri apabila sebahagian punca kekalutan ini juga melibatkan Dewan Harian PAS yang turut sibuk memasang calon masing-masing.

Soal berjuang kerana jihad demi kedaulatan Islam yang sering dilaungkan sudah habis di bakul sampahkan. Pening ahli dan penyokong PAS dibuatnya.

Diam tak diam, UMNO dan BN Kelantan sudah menang di pusingan pertama kerana lebih awal mengumumkan calonnya tanpa banyak masalah dan soal cah keting juga sudah tidak kedengaran.

Pergolakan dan kekalutan dalaman serta persaingan pelbagai puak dalam kepimpinan PAS Kelantan tika ini menjadikan parti berlabel Islam itu tiada jauh bezanya dengan UMNO mahu pun PKR.

PAS sudah semakin hanyut dan kian hilang identiti Islamik yang selama ini dibanggakannya, barangkali kerana peralihan zaman atau sebenarnya disebabkan para pemimpinnya tenggelam dalam mimpi indah mengejar kuasa di Putrajaya.

Apa yang berlaku kini, ia boleh disimpulkan sebagai rekod terburuk dalam sejarah PAS berbanding kekalutan yang pernah berlaku semasa pemilihan calon PAS untuk PRU 1978 dan PRU 2004 dulu.

Andainya kesimpulan itu benar, bermakna suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat bahawa keputusan PRU-13 yang akan diterjemahkan dalam peti undi kelak yang bakal membawa perkhabaran buruk yang sukar untuk dielakkan.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. ya kepimpinan pas tidak lagi iklas untuk meletakkan islam diatas dari segala-galanya. kerana itu Allah akan menghina mereka melalui undi ahli yang tidak dipedulikan.biarpun kami tidak bersuara. tapi kami berkuasa untuk mengundi BN untuk kali ini. berjuang lah pas ke putera jaya. Allah tidak merestui hasrat kamu.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.