Ketika ini, debat adalah merupakan modal baru ceramah Anwar Ibrahim untuk siri jelajah kempennya yang digunakan bagi memancing undi rakyat. Motifnya untuk mengambarkan kononnya pimpinan Barisan Nasional (BN) takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang itu.
Namun rakyat bukan bodoh, kerana mereka sudah mampu menilai sendiri kredibiliti kerajaan BN melalui segala perancangan yang telah dan akan dilaksanakan dan bukan melalui perdebatan di antara pemimpin.
Apa yang paling penting ketika ini ialah, memastikan rakyat terus faham dan menerima segala pendekatan transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri dengan pelbagai program transformasi
Tapi sebelum bicara soal debat dengan lebih jauh, ada baiknya Anwar selaku pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ yang banyak terpalit dengan segala macam isu moral menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh bekas sahabat baiknya yang juga merupakan rakannya bermain tenis.
Yang di maksudkan adalah Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan yang sebelum ini secara terbuka telah mencabar Anwar untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Umum PKR itu.
Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan telah ditarik kembali.
"Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau.
"Saya minta beliau menetapkan tempat debat itu dan bersedia pergi biarpun pada pukul 2 pagi. Beliau tidak perlu panggil Perdana Menteri berdebat, saya sudah gelar Anwar sejak dulu, bukan hari ini," katanya sebelum ini.

Terbaru, mantan mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah mempelawa Anwar untuk berdebat secara terbuka dengan pencabarnya di kerusi Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail yang juga merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.
Menurut tweet Dr Asri cabaran debat tersebut bagi membicarakan mengenai isu di kawasan yang dikatakan kubu kuat Anwar itu. Namun malangnya sehingga kini masih tiada jawapan yang diberikan oleh Anwar walaupun menurut Dr Maza wakil BN, Dr Mazlan telahpun menyatakan kesudiannya untuk berdebat.
Persoalannya beranikah Anwar menyahut cabaran tersebut atau seperti kebiasaannya memberikan seribu satu alasan sebagi helah melepaskan diri.

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.