KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menubuhkan pasukan pelan tindakan multimedia bersepadu bagi menangani
penyebaran artikel dan sebarang bentuk fitnah melalui blog dan sumber
multimedia.
Pegawai Penyelaras PRU13 Kelantan dan Terengganu Datuk Noor Rashid
Ibrahim berkata pasukan itu sudah pun beroperasi bagi memantau
penyebaran berita menerusi laman sosial yang tidak benar dan boleh
menimbulkan kekecohan.
Beliau berkata banyak laporan diterima dan tindakan juga sudah
diambil ke atas individu yang cuba menyebarkan berita yang boleh
mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
"Wadah blog adalah antara medan bagi individu ini menimbulkan
kekecohan, dan kita sentiasa memantau mereka yang cuba mencetuskan
kekeliruan dan menyampaikan berita yang tidak sahih.
"Kita tidak mengira mereka dari parti politik mana...kita tetap akan
mengenakan tindakan ke atas individu terbabit," katanya pada sidang
media di sini Selasa.
Noor Rashid yang turut mengulas penyebaran video seks yang didakwa
membabitkan seorang ahli politik baru-baru ini, berkata perkara itu
adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia.
Sementara itu, beliau berkata PDRM akan meningkatkan kawalan dan
rondaan di 63 kawasan panas di Terengganu, termasuk di Kuala Terengganu
dan Marang, dua kawasan panas yang sering tercetus insiden kekecohan dan
pergaduhan. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.