PENULIS tidak pernah percaya dengan DAP. Ini adalah kenyataan yang betul, bukan main-main. Hanya orang yang buta hati akan terus menyokong puak yang mahu memecahbelahkan kesatuan orang Melayu dan rakyat di negara ini.
Mereka ada penyokong tegar, majoritinya ialah kaum Cina. Dalam banyak ceramah politik di kawasan Seremban ini dan berhampiran dengannya, yang hadir itu juga ialah orang Cina. Mesejnya hanya satu iaitu ?ubah?. Soal kepimpinan tidak betul dalam DAP, tidak pernah dipersoalkan oleh penyokong tegar DAP ini.
Jika disebut DAP tidak betul, penyokong tegar ini akan mempertahankannya. Itu telah berlaku di sebuah ladang dekat Gemencheh, sehingga nyaris berlaku pergaduhan antara yang menyokong dan ingin keluar daripada DAP.
Mereka melihat setiap calon DAP yang berada di atas pentas itu adalah penyelamat seperti watak hero dalam filem Jepun - Ultraman. Pemimpin itulah yang akan menyelamatkan bumi ini.
Maka banyaklah yang disampaikan dalam ceramah-ceramah politik di negeri ini, semuanya ada berbaur perkauman. Tolak pemimpin Melayu samalah juga tolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; tolak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan samalah juga tolak UMNO dan dihujungnya mereka akan kata tolak MCA dan Barisan Nasional (BN).
Kononnya DAP adalah parti untuk semua dan penyelamat rakyat Malaysia. Tetapi, tidak ada satu pun yang dicakap oleh DAP boleh dipercayai. Mendengarnya dalam bahasa Cina dan diterjemahkan oleh beberapa rakan juga, amat menyakitkan hati.
Nyata, DAP meniupkan kebencian melampau. Mereka kata, tolak rasuah tetapi mereka tidak kata tolak pemimpin rasuah dalam DAP. Mereka tidak kata tolak pemimpin kronisme dalam DAP tetapi mereka kata, media kerajaan memfitnah mereka dan sengaja membesarkan isu Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan masalah dalaman parti itu.
Malang sekali kepada rakyat Malaysia yang masih kemaruk ?mencintai? DAP ini. Malah bukan penulis yang kata, tetapi ramai yang keluar DAP, khususnya pemimpin akar umbi daripada kaum India menyatakan bahawa DAP sebenarnya amat tulen untuk orang Cina walaupun mereka menafikan.
Perjuangan mereka ada mesej tersembunyi dan kita semua wajar tahu. Hal ini sudah banyak kali dicakap tetapi ada yang masih di persimpangan jalan dan teragak-agak untuk membelok ke kiri atau ke kanan tetapi mahu jalan ke hadapan.
Jangan terkejut jika terus mara ke hadapan bersama DAP, maka anda sebenarnya sedang berhadapan kenyataan ini, ?Undi Bawa Anda Hanyut? atau ringkasnya ?UBAH?.
Bagi penulis, perkara itu sudah lama difahami, tetapi tidak difahami oleh sekutu mereka terutamanya Pas, yang diharap menjadi ?imam? kepada perlakuan baik dalam pakatan pembangkang itu.
Tentulah DAP akan menafikan perkara ini. Itu soal merekalah. Tetapi dalam kempen sepanjang PRU-13 ini, mereka sedang meluap-luapkan semangat cauvinis untuk ?ubah? pentadbiran kerajaan dengan membuat tuduhan yang amat melampau, khususnya berkaitan rasuah, penindasan, pendidikan, rompak duit rakyat dan banyak lagi terhadap pemimpin BN.
Sebab itu dalam satu ulasan yang dibuat Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, Datuk Seri Jaafar Shaari dalam akhbar ini, baru-baru ini mahu orang Melayu, khususnya yang masih berada dalam DAP agar tidak terus menjadi boneka.
Kata Jaafar, DAP mengatakan UMNO dan BN rasis sedangkan mereka lebih rasis dan hipokrit.
??UMNO dan BN tidak rasis yang mana mereka telah berjaya membangunkan negara dengan kerjasama antara semua kaum," katanya baru-baru ini.
Dalam hal ini, orang Melayu sudah ada kewajipan menolak DAP, selain Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Ini kerana, bukan hanya disebabkan sikap mereka menghina Melayu yang telah berlaku sejak 1969 lagi, tetapi turut menghina Islam dalam isu kalimah Allah SWT.
Ada sebab lain untuk kita menolak DAP pada PRU-13 ini dan lihatlah bagaimana mereka pernah menderhaka kepada Sultan Perak apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN kerana tidak berpuas hati wakilnya tidak dilantik menjadi Menteri Besar.
Kenapa perlu kita tolak DAP di Negeri Sembilan ini, kerana Pengerusinya, Karpal Singh pernah mengugut untuk menyaman Sultan Perak kerana tidak berpuas hati dengan baginda yang tidak memperkenankan permohonan kerajaan pembangkang membubarkan DUN Perak ketika itu selepas tiga ahli DUN pembangkang mengisytihar diri sebagai Bebas yang menyokong BN.
Penulis juga tidak percaya dengan tindak tanduk DAP dan lihatlah bagaimana seorang pemimpin mereka telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Selangor agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan Subuh kerana mengganggu ketenteraman awam.
Bagaimana, kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak ke atas orang Melayu di negeri itu merobohkan gerai dengan alasan untuk pembangunan. Jangan lupa apa yang berlaku di Johor, di mana seorang ADUN DAP dihalau dari dewan oleh Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar semasa pembukaan DUN Johor 2008 kerana enggan mematuhi etika berpakaian iaitu memakai songkok.
Penulis tidak akan melupakan bagaimana biadapnya DAP mendesak kerajaan untuk membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke negara ini, kononnya Chin Peng sudah tua dan tidak mampu mengancam keselamatan negara.
Dalam soal ini DAP tidak pernah ingat apa yang berlaku ke atas rakyat Malaysia yang menerima kepayahan hidup di atas kekejaman yang dilakukan oleh PKM.
Maka ingatlah dalam PRU-13 ini, DAP sekali lagi melayani perasaan kaum Cina untuk membenci kerajaan BN serta orang Melayu (UMNO) dengan modal yang selalu disebut kepada masyarakat Cina, ??kerajaan tidak melayan dengan baik kaum Cina, tidak adil dan memberikan keistimewaan kepada kaum bumiputera. Pendidikan diabaikan, kesejahteraan tidak diambil peduli oleh kerajaan BN."
Kaum India kini sudah sedar bahawa mereka telah dipermainkan oleh DAP sejak sekian lama dan mereka sedang keluar beramai-ramai dari parti ini dan menyokong BN.

Utusan
Its War ...
BalasPadamIts BN and the Malays against DAP
Malai si
BalasPadam