Perbezaan agama bukan halangan untuk hidup harmoni
Islam
diutuskan untuk membentuk umat manusia yang bersatu padu, bertoleransi,
saling berganding bahu meneruskan kehidupan ke arah kesejahteraan dan
keamanan sejagat. Misi utama Rasulullah SAW selepas berhijrah ke Madinah
ialah mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin.
Tujuannya ialah untuk memupuk ikatan persaudaraan yang kukuh lagi unik berdasarkan ketakwaan kepada Allah. Hasilnya, lahirlah sebuah generasi rabbani di bawah pimpinan Rasulullah SAW, mengorak langkah gemilang mencipta kejayaan demi kejayaan dalam segala lapangan hidup.
Tujuannya ialah untuk memupuk ikatan persaudaraan yang kukuh lagi unik berdasarkan ketakwaan kepada Allah. Hasilnya, lahirlah sebuah generasi rabbani di bawah pimpinan Rasulullah SAW, mengorak langkah gemilang mencipta kejayaan demi kejayaan dalam segala lapangan hidup.
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil" Surah al-Mumtahinah (ayat 8)
Islam ialah al-Din yang bersifat sejagat melewati sempadan
kaum, bangsa, bahasa dan negara. Sifat kesejagatan ini dapat dilihat
menerusi layanan sama rata oleh Rasulullah SAW kepada sahabatnya yang
berasal daripada pelbagai bangsa, keturunan dan warna kulit.
Masyarakat madani
Perbezaan
yang wujud itu tidak menjadi penghalang bagi Rasulullah untuk
melahirkan sebuah masyarakat madani yang kuat dan mampu memikul amanah
Islam ke seluruh pelusuk bumi Allah ini.
Kemudian Baginda
merangka Piagam Madinah dengan matlamat mencipta keharmonian politik dan
kesejahteraan hidup bermasyarakat majmuk. Masyarakat Madinah contoh
terbaik kerukunan hidup bernegara mahupun beragama.
Piagam Madinah bertindak sebagai medium konkrit yang menyatukan sebuah masyarakat majmuk yang harmoni sepanjang sejarah.
Piagam Madinah bertindak sebagai medium konkrit yang menyatukan sebuah masyarakat majmuk yang harmoni sepanjang sejarah.
Dalam konteks ini, Islam telah memainkan peranan penting dalam
membangun peradaban terbilang seperti dibuktikan oleh generasi
Rasulullah SAW dan sahabat selepasnya. Iman menjadi aset penting untuk
menumbuhkan kesedaran beragama dan berakhlak dalam realiti kehidupan
semasa.
Keyakinan kepada Allah yang Maha Melihat, Maha
Mendengar dan Maha Mengetahui mencetuskan keinsafan batin dalam jiwa
seseorang Muslim. Iman yang sebenar kepada Allah menciptakan kedamaian
dan ketenteraman jiwa.
Muslim akan lebih mendalam
penghayatannya terhadap Islam, luhur keperibadian yang kemudiannya
berupaya membangun sebuah masyarakat harmoni.
Muslim yang
mantap imannya dan terpuji akhlaknya pantang berbuat sesuatu yang
mengeruhkan keharmonian masyarakatnya kerana dia menginsafi bahawa
segala gerak geri serta perbuatan dipantau oleh Tuhan Yang Maha Melihat
lagi Maha Mengetahui.
Amalan jenayah, rasuah, sikap prejudis, penindasan dan sebagainya yang berleluasa berpunca daripada ketiadaan iman yang mapan.
Allah SWT berfirman: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk
negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada
mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit
dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan
mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan.”
(Surah al-A’raf, ayat 96)
Iman tonggak peradaban
Tegaknya
sebuah peradaban kerana tonggak iman, amal dan akhlaknya bertapak kukuh
dalam kehidupannya. Sebaliknya hancurnya sebuah peradaban kerana
masyarakatnya menghadapi krisis iman, amal dan akhlak yang meruncing.
Islam amat menitikberatkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan
ummah. Maka Islam menganjurkan umatnya bekerjasama dan bertoleransi
antara satu sama lain dalam memakmurkan bumi Allah ini.
Rasulullah adalah teladan terbaik sehingga berjaya mencipta sebuah
masyarakat majmuk terdiri daripada Islam, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin
untuk hidup bersatu padu serta bermuafakat di bawah naungan pemerintahan
Rasulullah SAW.
Perbezaan akidah tidak menyebabkan permusuhan
dan pertelagahan antara kaum, sebaliknya mereka saling bekerja sama dan
berganding bahu dalam membangunkan negara Madinah ketika itu,
terutamanya membangunkan sektor ekonomi, sosial, pertahanan serta
keamanan negara.
Ini kerana agama yang berbeza bukanlah
penghalang yang besar ke arah mewujudkan satu hubungan kemanusiaan
bersifat harmoni dan erat antara sesama komuniti.
Ini selaras
dengan firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik
dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama
(kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu;
sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.” (Surah
al-Mumtahinah, ayat 8)
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.