PASIR MAS: Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu
Datuk Zulkifli Nordin pada Sabtu membuat kejutan di depan kira-kira
15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di sini apabila
membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti
Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri
Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk
Ibrahim Ali.
Zulkifli, yang sempat berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat
itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya,
beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama
pembangkang sebelum ini.
"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun
(Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun,"
katanya.
Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli
berkata demikian. "Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya
bersama-sama (Datuk Seri)Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik
langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar
Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.
Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai
Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku
jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan
terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu,
tiada apa lagi yang boleh dilakukan.
Naib Presiden Perkasa itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan
taktik pembangkang, terutama Anwar, pada pilihan raya umum ini yang akan
melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa.
BERNAMA
BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.