Kontroversi: Anwar Tak Pernah Sunyi Dikelilingi Jejaka Cantik

anwar-fareez-skandal

Sepucuk surat bertulisan tangan yang menggunakan nama MOHD FAREEZ KAMAL INTIDZAM yang turut disertai nombor kad pengenalannya sekali 890625-10-5273 serta jawatannya selaku SETIAUSAHA POLITIK ZURAIDAH KAMARUDDIN telah tersiar di beberapa buah blog.

Antara lain isi kandungan surat tersebut adalah memujuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar memujuk Wan Azizah mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan Presiden PKR kepada Azmin Ali yang dikatakannya sangat berkeupayaan serta lebih cekap.

Bagaimanapun perkara paling menarik dalam surat berkenaan ialah pengakuan si penulisnya, bahawa dia SANGAT RAPAT dengan Anwar Ibrahim dan hal tersebut sangat dicemburui oleh Wan Azizah dan anak Anwar Ibrahim sendiri, Nurul Izzah.

Umum mengetahui, Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin merupakan ‘PASANGAN BEREGU’ dalam PKR yang amat ditakuti oleh para pemimpin PKR yang lain. Pasangan yang sama-sama berkongsi KOD 71 dalam kad pengenalan masing-masing, mempunyai cengkaman yang cukup hebat dan sangat berpengaruh serta mempunyai pengaruh yang cukup besar kepada Anwar Ibrahim.

Bahkan dikatakan juga kebanyakan daripada keputusan Anwar Ibrahim sebenarnya datang daripada pasangan beregu ini.

Cerita tentang Wan Azizah cemburukan lelaki-lelaki muda yang rapat dengan Anwar Ibrahim, bukanlah cerita baru. Antara nama-nama yang pernah menjadi bahan cemburunya Wan Azizah, termasuklah Saiful Bukhari Azlan dan Rashid.
anwar-saiful-skandal
Kegilaan dan keghairahan Anwar Ibrahim terhadap lelaki-lelaki muda yang berwajah jambu, juga bukan cerita baru. Justeru pengakuan  MOHD KAMAL FAREEZ INTIDZAM juga tidak mengejutkan sekiranya, dia juga merupakan salah seorang daripada lelaki jambu yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan kemudian dicemburui oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Wan Azizah juga diketahui mencemburui Azmin Ali yang sangat rapat dengan Anwar Ibrahim dan pernah dikaitkan dengan skandal seks yang amat memalukan terutama sekali membabitkan isterinya, Shamsidar Taharin.

Pertentangan kuasa antara Azmin Ali dan Wan Azizah Wan Ismail juga sangat besar. Azmin Ali mempunyai kemnya sendiri dalam Parti Keadilan Rakyat. Manakala Wan Azizah mempunyai kem yang turut dianggotai oleh anak perempuannya, Nurul Izzah. Pun begitu, dalam banyak keadaan, kem Azmin Ali lebih mendominasi terutama sekali dalam perebutan kuasa dan jawatan.

Surat bertulisan tangan tersebut, sebenarnya mengandungi tiga makna. Pertama, Anwar Ibrahim masih tidak lagi menghentikan kegiatan tidak bermoralnya iaitu meliwat jantan-jantan jambu. Kedua, Zuraidah Kamaruddin cuba menjadi pencatur yang hebat dengan meletakkan Azmin Ali di kemuncak kuasa, sekaligus memberikan lebih banyak faedah kepadanya. Apatah lagi hubungan Zuraidah dengan beberapa konco Wan Azizah termasuklah SETPOL Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin tidak begitu baik dan dingin. Ketiga, surat tersebut sengat ditulis tangan bagi memudahkan penafian dibuat kononnya, surat tersebut adalah PALSU.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.