Usah Tertipu Lagi, Rakyat Diseru Tolak Manifesto PR

rakyat-diseru-tolak-pr

HULU SELANGOR 13 Mac -  Rakyat diseru agar tidak mudah percaya akan janji manifesto yang akan dibentangkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang tidak perlu menjanjikan perkara yang mustahil untuk dilaksanakan jika ia merupakan manifesto yang bertanggungjawab.

"Mereka menjanjikan pelbagai perkara.. Kalau PR mahu benar-benar menjadi kerajaan, maka PR mesti tentukan ada asas dan prinsip-prinsip pertimbangan dari segi belanjawan yang mana boleh dilaksanakan dan tidak seperti itulah prinsip kerajaan BN," katanya ketika menghadiri Majlis Sepetang Bersama Datuk Muhyiddin Yassin hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi BN Selangor , Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar dan beberapa pimpinan BN Negeri.

Beliau yang tiba pada jam 4 petang turut berkesempatan menunaikan solat Asar di Masjid As-Salam bersama penduduk Bandar Bukit Sentosa.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan, Kerajaan negeri Selangor yang yang tidak menunaikan janji manifesto sehingga rakyat negeri itu sanggup mengheret kerajaan negeri Selangor ke makhamah.

"Rakyat hari ini marah dengan kerajaan negeri Selangor. Ramai yang membawa kes kemakhamah seperti ibu tunggal dan kumpulan-kumpulan yang berhak mendapatkan hak pembelaan atas janji yang telah dibuat dalam manifesto pilihanraya (PRU), sekarang ini menuntut supaya kerajaan pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor menunaikan janji.

"Tentulah perkara amat ajaib apabila berkata manifesto adalah bukan satu janji. Kalau itulah hakikatnya, PR sekarang sudah membentangkan manifestonya," katanya.

Muhyiddin menegaskan, manifesto BN yang akan dibentangkan selepas parlimen dibubarkan akan memberi peluang kepada rakyat untuk bersama-sama dengan kerajaan bagi ia direalisasikan.

"Kita akan membentangkan tidak berapa lama lagi selepas diistiharkan parlimen dibubarkan supaya rakyat yakin ini merupakan manifesto yang betul," katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyempurnakannya pelancaran bas tambahan Syarikat Setara Jaya Sdn. Bhd yang akan menyediakan pengangkutan awam untuk penduduk sekitar kawasan Hulu Selangor.

Syarikat bas berkenaan turut menyumbangkan RM5,000 untuk tabung wira Lahad Datu Media Prima Sdn. Bhd.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa manisfesto adalah bukanlah satu janji yang harus ditunaikan kerajaan setelah mendapat mandat - KL Pos
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.