Jodoh merupakan sesuatu ketentuan Tuhan yang tidak dapat kita jangkakan. Dengan siapa, bila, di mana, berapa lama, dan sebagainya adalah merupakan takdir yang telah pun tersirat sejak kita dilahirkan lagi. Namun, janganlah kita menganggap bahawa Allah s.w.t itu zalim terhadap kita di atas kelewatan jodoh yang dicari-cari. Semua perkara dan kejadian mempunyai hikmah tersembunyi di sebaliknya. Semua itu merupakan ujian Allah s.w.t terhadap hamba-Nya untuk menguji tahap keimanan mereka.
Memiliki tabiat ‘soleh atau solehah’
Tabiat adalah amalan yang sudah sebati dan dilakukan berterusan, bukan sekali-sekala. Kemas dan baiknya ‘agama’ seseorang boleh dilihat dari tabiat-tabiat baik atau soleh seperti bangun awal pagi sebelum subuh, solat berjemaah, solat di awal waktu, baca al-Quran lepas subuh dan selalu ke majlis ilmu. Tetapi kalau semuanya itu tidak menjadi tabiat, Cuma amalan sekali-sekala, ia petanda ‘agama’ seseorang itu belum kemas.
Menggemari ilmu
Ini penting kerana ilmu itu merangkumi kehidupan seharian, lebih-lebih lagi ilmu agama, ilmu rumah tangga, ilmu social dan sebagainya. Cuba melibatkan diri ke majlis –majlis ilmu, baan buku ilmiah untuk memperkukuhkan ilmu di dada. Nabi s.a.w pernah mengingatkan agar seseorang itu belajar sebelum menjadi pemimpin.
Mempunyai daya juang yang tinggi
Hidup adalah satu perjuangan. Maka dalam mencari calon pasangan,pelu ada daya juang dalam hidup., adakah anda seorang yang sentiasa cuba membuat peningkatan diri dan kuat menghadapi dugaan hidup. Ada hadis menyatakan bahawa seorang Mukmin yang kuat lebih disukai Allah s.w.t daripada Mukmin yang lemah.
Mempunyai rasa tanggungjawab
Sikap ini dapat dilihat pada sikap suka ambil tahu, menegur, menasihati dan membantu. Lawannya adalah sikap tidak ambil peduli, tidak ambil kisah hal sendiri. Adakah anda seorang anak yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa.
Ikhlas
Keikhlasan adalah sesuatu yang tersembunyi di dalam hati tapi sedikit sebanyak boleh dilihat pada sikap dan tingkah laku anda. Misalnya, melakukan perkara baik, anda tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Anda juga tidak kelihatan mengharap balasan atau pujian.
Jujur
Adakah anda suka bercakap benar atau selalu berbohong dan suka cakap berbelit-belit. Seorang yang jujur akan berterus-terang tentang sesuatu walaupun mungkin akan menampakkan kelemahan diri anda. Misalnya, anda akan mengaku tidak tahu tentang sesuatu perkara kalau memang anda tidak tahu.
Berkhemah
Seseorang yang berkhemah selalu kelihatan tenang, tidak emosional dan tidak ‘moody’. Dalam menghadapi situasi mencabar misalnya, anda mampu mengawal diri, tidak mudah hilang pertimbangan dan tidak buat perkara melampaui batas.
Dan jangan lupa sentiasa memohon daripada Allah s.w.t agar dipercepatkan jodoh dengan rajin melakukan solat hajat. Amalkan membaca doa atau surah yusuf ayat 4 setiap solat dan kemudian menyapu di muka. Maksudnya, ingatlah peristiwa talkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya,”wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk member hormat kepadaku”.
Kepada para wanita, ingat bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “siapa sahaja wanita yang meninggal dunia, sedang suaminya redha padanya, maka wanita itu akan masuk syurga.” Betapa besarnya hadiah Allah s.w.t kepada wanita yang berkahwin dan mentaati suaminya sehingga dianggap darjatnya oleh Allah s.w.t. sama-samalah kita berdoa agar jodoh setiap Mukmin dan Muslimah dipercepatkan oleh-Nya.

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.