Allah SWT telah mengurniakan akal kepada setiap manusia untuk
menggunakan nikmat pemberian itu dengan sebaik-baiknya dalam meniti
kehidupan. Akal manusia mampu mentadbir alam ini dengan sempurna supaya
kehidupan dilalui dalam keadaan yang harmoni dan teratur.
Namun, ada kala pemberian Allah SWT ini disalahgunakan tanpa rasa berdosa kepada penciptanya. Sesungguhnya akal pemberian Allah kepada manusia perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Allah menceritakan mengenai hamba-Nya yang digelar ‘Ulul al-Bab’ yang beriman dan menggunakan akal pemikiran dengan sebaik-baiknya dalam mentaati segala perintah-Nya.
Namun, ada kala pemberian Allah SWT ini disalahgunakan tanpa rasa berdosa kepada penciptanya. Sesungguhnya akal pemberian Allah kepada manusia perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Allah menceritakan mengenai hamba-Nya yang digelar ‘Ulul al-Bab’ yang beriman dan menggunakan akal pemikiran dengan sebaik-baiknya dalam mentaati segala perintah-Nya.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
pertukaran waktu malam dan juga siang adalah tanda-tanda (kebesaran
Allah) bagi orang yang berfikir. Mereka ialah manusia yang sentiasa
mengingati Allah ketika berdiri, duduk mahupun berbaring. Mereka
memikirkan pada penciptaan langit dan bumi (lalu berkata): Wahai Tuhan
kami sesungguhnya Kamu tidak menciptakan semua ini secara sia-sia, maha
suci Engkau maka jauhilah kami daripada azab api neraka.” (Surah
Ali-Imran, ayat 190-191)
Tujuan utama penciptaan akal
Ayat ini jelas menunjukkan tujuan utama penciptaan akal adalah untuk melihat kebesaran Allah SWT melalui penciptaan alam, seterusnya tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya. Antara kegunaan akal adalah untuk memahami syariat Islam yang diturunkan Allah SWT melalui kalam-Nya al-Quran.
Malah akal yang diberikan Allah SWT adalah penentu dalam meletakkan hukum bagi setiap manusia yang mukalaf.
Sabda Nabi SAW: “Diangkatkan penulisan (dosa) daripada tiga golongan: orang yang tidur sehinggalah dia bangun, kanak-kanak sehinggalah dia bermimpi (baligh) dan orang gila sehinggalah dia waras.” (Direkodkan oleh Imam Abu Daud) Tujuan dikecualikan dosa bagi tiga golongan ini disebabkan keterbatasan dalam penggunaan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka.
Selain itu akal adalah kurniaan Allah yang cukup besar untuk manusia mengenalpasti dan menganalisis hukum dalam syariat Islam.
Dibenarkan berijtihad
Buktinya kita dibenarkan berijtihad bagi sesuatu hukum yang baru apabila terdapat nas jelas bagi permasalahan itu. Oleh itu, akal digunakan untuk berijtihad dalam permasalahan berkenaan melalui dalil berbentuk umum.
Namun ijtihad tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya tetapi mestilah melalui individu yang diiktiraf ketinggian ilmu mereka dalam selok-belok agama.
Akal digunakan dalam permasalahan qiyas iaitu meletakkan hukum bagi permasalahan baru berdasarkan hukum sedia ada melalui persamaan illah (sebab). Contohnya, pengharaman menagih dadah yang diqiyaskan kepada pengharaman arak melalui sebabnya iaitu menghilangkan kewarasan akal manusia.
Walaupun dibenarkan untuk kita menggunakan akal dalam perbahasan berkaitan syariat Islam namun perlu diketahui bahawa akal manusia tidak boleh melangkau serta melepasi batasan nas al-Quran dan al-Sunnah.
Sebaliknya akal manusia perlulah mengikut sesuatu yang telah diterangkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Allah SWT berfirman: “Wahai orang yang beriman janganlah kamu mendahului urusan Allah dan Rasul-Nya; dan bertakwalah kamu kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Hujurat, ayat 1).
Akal yang waras perlu mengikut ketetapan hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah. Sesungguhnya setiap yang dinyatakan oleh Allah SWT adalah perkara terbaik bagi sekalian manusia dalam segala aspek kehidupan mereka.
Maka sesiapa yang meminggirkan al-Quran dan al-Sunnah secara sengaja bermakna mereka telah mendahului urusan Allah SWT dan Rasul-Nya.
Akal yang diberikan Allah SWT perlu diselarikan dengan pemahaman dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Islam, akal digunakan untuk menghuraikan ayat al-Quran dan sunnah Nabi SAW mengikut disiplin yang tertentu.
Akal bukan sumber hukum
Kita dilarang sama sekali untuk meletakkan akal sebagai sumber hukum dan menjadikan nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai penghurainya. Ini adalah kaedah yang salah kerana mendahulukan akal daripada dalilal-Quran dan al-Sunnah.
Memahami ayat al-Quran memerlukan kita melihat huraian ulama tafsir yang muktabar kerana ulama menggunakan dua kaedah utama iaitu al-Tafsir bi al-Ma’thur dan al-Tafsir bi al-Ra’y.
Maksud al-Tafsir bi al-Ma’thur adalah menghuraikan ayat al-Quran berpandukan ayat al-Quran yang lain. Di samping itu kaedah tafsir ini juga menghuraikan ayat al-Quran menggunakan hadis Nabi SAW dan athar sahabat.
Kaedah al-Tafsir bi al-Ra’y ialah huraian ayat al-Quran dengan mengetengahkan pendapat peribadi mahupun pandangan sarjana Islam lain. Daripada huraian itu maka terserlah hikmah daripada ayat al-Quran yang kadangkala tidak mampu dilihat oleh mata-mata manusia.
Antara karya tafsir yang menggunakan pendekatan ini ialah kitab Fi Zilal al-Quran karangan Ustaz Sayyid Qutb.
Walaupun begitu, kaedah al-Tafsir bi al-Ma’thur perlulah diutamakan dalam perbahasan ayat al-Quran dan seterusnya diselitkan hikmah serta pandangan yang mampu memberi manfaat kepada pembaca dengan menggunakan kaedah al-Tafsir bi al-Ra’y.
Untuk memahami hadis Nabi SAW, akal memainkan peranan utama. Terdapat dua kajian utama iaitu kajian sanad (jalur periwayatan) dan kajian matan (teks hadis). Kajian terhadap sanad sebelum ia sampai kepada Nabi SAW manakala kajian matan meliputi pemahaman dan pengeluaran hukum daripada hadis.
Akal memainkan peranan penting dalam memahami syariat Islam. Adanya akal yang waras segala hukum mampu difahami oleh umat Islam. Namun, akal yang dikurniakan itu perlulah selari dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah tanpa sebarang pertikaian.
Berita Harian
Sdr/Sdri Blogger,
BalasPadamIzinkan saya memberikan sedikit pandangan mengenai isu yang sdr/sdri kemukakan ini. Hidup ini adalah pilihan mengikut pepatah Inggeris (Life is a matter of choices). Setiap detik, kita membuat pilihan: nak makan nasi or mee, nak pakai baju warna kuning or putih, dsbnya. Dalam membuat pilihan, kita perlu menggunakan minda (Aqal). Juga sering diperkatakan bahawa "there is two side of a coin". Nak buat sesuatu yang baik atau sebaliknya. Hendak ikut rasa hati, marah atau sebaliknya. Jadi inilah pilihan dan inilah yang perlu dilaksanakan oleh minda (Aqal). Beruntunglah manusia yang membuat pilihan yang betul dan tepat dan malanglah mereka yang membuat pilihan yang salah. Pilihan itulah yang menentukan siapa kita. Amal Makruf Nahi Munkar.... Memilih sesuatu yang bersifat kemaklaikatan.... (Angelic) atau yang bersifat kesyaitanan (develic). Kita bebas memilih. Allah tidak pernah menyekat pilihat kita. Gunalah minda (Aqal) untuk memilih dan kita diberitau tentang kesan akibat dari pilihan itu.