Hiburan : Ada Mulut Jahat Tanya Betul Ke Umie Aida Mandul?

umieaida-mandul

Belum ada rezeki lagi agaknya. Lagi satu, kalau berkahwin lewat bagi perempuan boleh menjadi punca sukar untuk mendapat anak, kerana hormon dalam badan berubah tak sama seperti wanita yang berkahwin pada usia muda.

Terdapat juga segelintir artis perempuan mengamalkan makan pil perancang  untuk mengelak dari mengandung kerana ingin menumpukan bidang kerjaya dalam dunia hiburan. Itu pun satu masalah juga.

Penulis sebenarnya bukan arif sangan pasal hal wanita, tapi dengan sedikit pembacaan melalui buku-buku yang berkaitan, boleh lah bagi komen sikit-sikit. Harap Umie Aida tabah menhadapi dugaan ini. Penulis faham, setiap pasangan yang berkahwin tentunya mahu memiliki zuriat dari darah daging sendiri. Apa-apa pun, banyakan berdoa dan berusaha..

Anwar al Juburi | JERING Daily

PETALING JAYA: Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Pelakon Datin Umie Aida, 40, mengakui masih berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Kata Umie, dia ada mencuba pelbagai rawatan dan ubat-ubatan termasuk cara tradisional dan moden sebagai cara dikurniakan cahaya mata.

"Alhamdulillah sudah masuk tahun ketiga perkahwinan kami, tentang anak memang saya masih mengharapkan untuk mendapat cahaya mata sendiri.

"Saya berusaha cara tradisional dan ambil pil hormon namun itu semua soal rezeki daripada Allah," katanya ketika ditemui ketika pratonton filem Sembunyi:Amukan Azazil, baru-baru ini.

Umie mempunyai dua orang anak angkat, Mohd Daniel Firdaus, 20, dan Mohd Dzulhelmy, 19.

Jelas Umie, kegiatan aktif dalam kerja dan aktiviti sukan turut menjadi salah satu punca kesukarannya untuk hamil.

"Saya seorang yang tidak pandai untuk duduk diam di rumah, saya suka bersukan dan main badminton bersama kawan-kawan.

"Doktor pula menasihatkan agar lebih banyak berehat dirumah dan tidak boleh terlalu aktif," katanya.
Bagaimanapun, Umie berkata dia kini mengehadkan aktiviti lakonan dan menumpukan hal keluarga dan aktiviti sukan.

"Saya kurang berlakon, saya akan berlakon jika saya rasa rindu dan bergantung kepada watak yang ditawarkan.

"Kebanyakan masa lapang saya hanya tertumpu kepada keluarga dan aktiviti sukan," katanya yang turut mempunyai kelab sukan sendiri yang dianggotai oleh rakan-rakan artis.

Dalam pada itu, bercerita tentang lakonannya dalam filem Sembunyi:Amukan Azazil, Umie berkata cabaran utama adalah terpaksa mengenakan solekan tebal.

"Solekan mengunakan silikon yang tebal sangat memeritkan dan terpaksa dipakai dalam tempoh yang lama.

"Selain itu juga cabaran adalah memberi kelainan terhadap lakonan saya, saya tidak mahu ia kelihatan seperti lakonan di filem sebelum ini," katanya.

Filem seram garapan pengarah Kabir Bhatia ini bakal ditayangkan pada 28 Mac depan.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. ya susuk jangan tak susuk aida hehehe..

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.