BUTTERWORTH - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merancang untuk
membesarkan kilang gula milik anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings
Bhd (MSM Holdings) di Perai, di sini bagi menambah pengeluaran gula di
negara ini.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan pembesaran itu akan
membolehkan MSM Holdings menambah pengeluaran 1,000 tan metrik, iaitu
daripada 3,000 tan metrik kepada 4,000 tan metrik sehari.
Bagaimana pun, beliau enggan mendedahkan jumlah pelaburan dan keluasan
tanah untuk pembesaran kilang gula itu kerana ianya masih pada peringkat
cadangan awal.
"Setakat ini, masih diperingkat perbincangan dengan pihak Kereta api
Tanah Melayu (KTM) kerana tanah (berhampiran kilang MSM) itu adalah
milik KTM.
Jika persetujuan dapat dicapai, kami akan membesarkan kilang di sini,"
katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Surau MSM Holdings
dan Penyerahan Wang Zakat FGV di MSM di sini hari ini.
Mohd Isa berkata langkah itu juga akan membolehkannya mengeksport lebih
banyak gula ke beberapa buah negara lain, seperti Korea dan Jepun.
Setakat ini, katanya MSM Holdings mengeksport gula ke lebih 15 negara berjumlah 159,000 tan metrik setahun.
"Setiap tahun, MSM Holdings mengeluarkan gula 950,000 tan metrik dan 15
peratus daripadanya dieksport. FGV mempunyai rancangan untuk
mengeksport lebih banyak gula ke beberapa buah negara lagi tetapi ia
bergantung kepada bekalan dan keperluan dalam negara," katanya.
Mengenai surau berharga RM650,000 itu, katanya ia dijangka siap dalam
masa dua bulan lagi dan dijangka menampung 150 jemaah, yang terdiri
daripada pekerja MSM Holdings.- Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.