Inilah sikap sebenar Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tak habis-habis
membuli Presiden PAS. Sampai sekarang pun Karpal masih bertegas bahawa
selagi Majlis Syura PAS tidak tunduk dengan khendak DAP dan PKR, selagi
itu isu kalimah ‘Allah’ ini tidak selesai.
Dulu DAP secara terang-terangan menghina permintaan ahli-ahli PAS yang mahu Presiden mereka jadi PM sedangkan DAP pula memandang rendah kewibawaan Presiden mereka justru tidak layak untuk jadi Perdana Menteri. Pada hal kerjasama PAS dan DAP jauh lebih lama berbanding dengan PKR malah Anwar sendiri kerap menghina hubungan baik DAP dan PAS ketika dia jadi orang besar UMNO dulu.
Itu pun Presiden PAS masih bagi muka kepada DAP malah Hadi Awang kata pulak dia sanggup jadi KHADAM kepada mereka asalkan mereka boleh berkerjasama menjatuhkan kuasa pemerintahan orang Melayu yang diamanahkan kepada UMNO itu. Ketika Karpal Singh menegah PAS daripada menyebut tentang hudud, seluruh jentera PAS tampil membela keceluparan Karpal justru menyalahkan UMNO pulak yang dikatakan tidak mahu melaksanakan hudud.

Beginilah bacol dan dayusnya PAS dalam menghadapi tekanan dari DAP. Sia-sia saja Presiden PAS mengaku yang PAS adalah parti yang terkuat dalam Pakatan Rakyat sedangkan PAS begitu lemah sekali dalam menghadapi tekanan dari parti yang jauh lebih kecil malah parti yang hanya mewakili kaum minoriti saja.
Kalau beginilah caranya PAS mahu membela nasib orang Melayu, jangankan ‘hak keistimewaan’ orang Melayu, malah kepentingan Islam itu pun PAS sanggup gadai demi menjaga keharmonian persahabatan mereka dengan DAP. Manakala DAP pula lebih banyak bertegas dengan khendak mereka, umpama mereka melihat PAS seperti melukut di tepi gantang saja - Nordin Kcd
GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal
Singh berkata, adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura
Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh orang bukan
Islam termasuk pemimpin DAP.
Dalam hal ini, beliau kecewa dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri AbdulHadi Awang, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memetik
Abdul Hadisebagai berkata larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan
kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu telah selesai dan bahawa
pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang
dibuat Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat semasa satu pertemuan ringkas dengannya di Pulau Pinang Isnin
lepas.
Beliau menegaskan tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu
itu apabila beliau bertemu Nik Abdul Aziz pada pertemuan tidak rasmi
itu.
Katanya, Majlis Syura Ulama PAS tidak sepatutnya berpegang teguh
dengan pendiriannya kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan
pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat
(PKR).
Karpal Singh berkata, DAP tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman
PAS sebaliknya berpegang kepada pendirian yang diambil pakatan
pembangkang selepas Penasihat DAP Lim Kit Siang, Abdul Hadi dan ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, bersetuju
bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh orang bukan Islam. - BERNAMA

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.