Anwar Belum Selamat Selagi Taib Azamuddin Masih Hidup

taib-azamuddin-masih-hidup

Berita yang melaporkan bahawa Taib Azamuddin masih hidup bukanlah satu khabar yang mengembirakan buat Anwar Ibrahim

Bagi yang tidak tahu atau terlupa, Taib Azamuddin dahulu merupakan saksi utama yang mendapat maklumat awal bagi kes tidak bermoral Anwar. Selagi beliau masih bernyawa selagi itu lah hidup Anwar akan sentiasa dihantui oleh kisah gelapnya ketika menajdi Timbalan Perdana Menteri.

Tapi sayang seribu kali sayang, setelah bekas Imam Besar Masjid Negara ini menyertai PAS, segala kisah kejahatan dan moral buruk Anwar yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri disenyapkan begitu sahaja demi menjaga hati pihak tertentu agar misi menumbangkan BN untuk menawan Putrajaya tidak terhalang.

Kami doakan agar ahli Perlimen Baling ini lekas sembuh supaya dapat membongkar serta memberitahu kepada rakyat terutamanya ahli PAS tentang siapakah sebenarnya manusia rakus bernama Anwar Ibrahim ini.

Anwar Al-Juburi | JERiNGDaily.com

GEORGETOWN - “Saya masih hidup. Malah semakin pulih dan sihat.”

Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya pasti ini semua sebab pilihan raya makin dekat. Mereka tidak senang dengan saya sebab saya mempunyai pengikut yang ramai. Bagi saya perbuatan ini adalah primitif dan tidak bertamadun.

“Saya tidak tuduh sesiapa tetapi spekulasi yang dibuat agak keterlaluan. Saya belum meninggal dunia, malah doktor cakap lagi empat hari saya dah boleh keluar (hospital),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.- Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.