P|S: Diharap dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh Ustaz Nasha untuk terus kekal dalam PAS ini ada pihak yan akan menghargainya.
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS,
Nasharuddin Mat Isa pada Sabtu menegaskan beliau akan kekal sebagai
anggota PAS untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan
Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan
parti itu dengan PKR dan DAP.
Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS berkata,
statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti
tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.
"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura Ulama tidak
boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar
umbi parti. Saya mahu perjuangan asal PAS kekal, bukan sewenangnya
dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.
"PAS sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi
berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam.
Namun kekuatan itudicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak
pakatan itu," katanyakepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit
Mahkota, Kajang di sini.
Isnin lepas, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,
Nasharuddin masih kekal anggota PAS walaupun dipecat daripada Majlis
Syura Ulama PAS, dan Nasharuddin juga tidak disenarai sebagai calon PAS
pada pilihan raya umum ke-13.
Nasharuddin berkata, beliau menyertai PAS kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam.
"Mutahir ini dilihat kepentingan politik itu diambil kira terlebih
dahulu. Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti PAS
sebagai partiyang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula
menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan,"
katanya.
Mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura Ulama, beliau berkata:
"Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas
lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa
surat rasmi...saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya
sekarang".
Ditanya adakah pemecatan beliau dan tindakan tidak meletakkan beliau
sebagaicalon PAS pada pilihan raya umum ke-13 berkait dengan golongan
'parasit PAS',Nasharuddin berkata pendirian PAS tentang sesuatu isu kini
melanggar dasar utama parti hasil perbuatan parasit itu dan tidak
menolak kemungkinan pemecatannya memudahkan usaha 'pelanggaran' itu.
Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu
sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang,
Nasharuddin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib
umat dan agama Islam.
"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN (Barisan
Nasional) atau PAS, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat
Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.
"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka,
mereka tidak kisah saya orang PAS. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila
negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya
terima dengan hati terbuka," katanya.
Nasharuddin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau
menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah sambil
menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli. - BERNAMA

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.