Piala Suzuki 2012: Jangan Putus Asa, Sokongan Padu Rakyat Malaysia Tetap Bersama Anda


Bola itu bulat, sama hebat sama kuat, itulah pandagan penulis setelah menyaksikan secara langsung perlawanan bola sepak di antara pasukan Malaysia selaku tuan rumah untuk seperauh akhir pertama bertemu Thailand malam tadi.

Biarpun keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama, kesungguhan dan semangat melawan yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya, membuatkan perlawanan malam semalam penuh dengan emosi dan debaran.

Gagal meraih kemenangan di halaman sendiri, tidak berkmana pasukan Malaysia di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal harus mengalah dengan kekentalan skuad Gajah Putih, sebaliknya meneruskan perjuangan dalam aksi timbal balik yang akan berlangsung di Bangkok, Khamis ini.


Walaupun seri, kesemua penyokong Malaysia yang sempat penulis perhatikan, bersatu memberikan sokongan padu serta sorakan bertenaga kepada skuad Malaysia untuk menaikkan semangat mereka ketika bermain.

Masih ada peluang lagi buat pasukan Malaysia untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Seperti yang penulis kata tadi bahawa bola itu bulat, segalam macam kemungkinan boleh berlaku di Thailand kelak. Apa yang penting rakyat Malaysia terus meberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi dan berdoa agar skuad Harimau Malaya peroleh kejayaan.

Dengan semangat Malaysia Boleh! Penulis yakin skuad Harimau Malaya mampu mengharungi cabaran getir di tempat lawan sekaligus mencipta kemenangan yang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.