FELDA Bukan Tempat Untuk Pembangkang Raih Publisiti Dan Undi


Adeh! Tak tahan penulis menahan gelak apabila melihat susuk tubuh manusia yang berbadan tegap terikat di tangan tapi tidak di kaki kononya telah ditahan oleh penduduk Felda ketika melakukan siri Jelajah Oren anjuran Pakatan Pembangkang.

Sudah tidak ada cara lain agaknya untuk meraih simpati, sehingga tergamak berlakon sedemikian rupa. Masyarakat Felda hari ini sudah celik dengan segala dakyah-dakyah yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukan senang nak tipu warga Felda hari ini.

Adat kalau masuk ke tempat orang, kalau sudah tidak diterima kedatanganya itu, segeralah pulang ke tempat asal. Biarpun negara ini sebuah negara demokrasi tapi tidak bermakna kita boleh melakukan apa sahaja termasuk menceroboh tempat orang dimana kita sendiri pun tidak pernah menjejakkan kaki ditempat itu.

Pada penulis, memang patut dan wajar, Jelajah Oren anjuran Pembangkang ini ditahan dan dihalang dari terus menceroboh kawasan tanah rancangan agar kegiatan menghasut dan propaganda memburuk-burukkan Felda selaku agensi pembela rakyat disebarkan.

Thaniah! kepada warga Felda kerana keberanian mempertahan kawasan kediaman sendiri dari diamsuki ansir-ansir jahat bawaan Pakatan Pembangkang. Kekalkan kerharmonian dan kedamaian  yang dikecapi masyarakat Felda  hari ini untuk kesinambungan generasi akan datang.

Jangan lupa LIKE kami di Facebook

MARAN -   Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya.
   
Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.
   
Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera.
 
"Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya.
  
Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut.
   
Menurutnya,  keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid  campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan - Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

4 comments:

  1. Hehehe kelakar tengok mamat ni kononnya kena ikat. Macam budak mentally retarded je gamaknya. Mana kawan2 dia yg lain tak tolong ke? Gi lah ambil kursus lakonan kalau ya pun nak berlakun biar nampak real sikit

    BalasPadam
  2. ko orang tak nampak ke diorang hari2 pakatan pembangkang tengah gempur kubu Umno dan Bn di felda dan banyak lagi tempat. Hal ini tidak boleh terus dibiarkan oleh mereka yang terus menerus menyerang kubu Umno dan Bn. Oleh itu Umno dan Bn mesti bertindak balas menyerang kubu kuat pakatan pembangkang seperti kelantan dan pasti mereka akan berunder.... fikir2 lah

    BalasPadam
  3. kembara ejen komunis belaan Dap berwarna oren belum masuk Johor lagi !!!

    satu masa, satu ketika,satu tempat mereka pasti masuk salah tempat, salah felda dan akan bertemulah buku dan ruas !!!

    gen2felda

    BalasPadam
  4. akibat pengarah yg mengarah cerita dibelakang tabir..ini lah jdinya..lakunan yg xmejadi..messagenya ,hujung hilang..pangkalnya lesap..akibatnya mamat sorng ni jg yg jadi mangsa...bodohnya...

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.