'Ustazah' Abby Disindir Lagi Gara-Gara Cukur Bulu Kening


Tak cukup dengan gelaran 'ustazah mee segera' setelah 48 jam medaftar sebagai ahli PAS seumur hidup, Abby Abadi disindir lagi hari ini oleh bekas peminatnya.

'Ustazah cukur bulu kening' itulah sindiran terbaru yang digelarkan kepada Abby. Semuanya berpunca dari kenyataan Abby dalam twitternya yang menyifatkan teguran terhadap dirinya kerana mencukur bulu kening itu sebagai satu lawak jenaka.

Pada penulis, tidak ada yang kelakar atau lawak jika perkara yang ditegur itu melibatkan soal hukum Allah. Lagi-lagi hal yang melibatkan perbuatan mengubah ciptaan Allah yang maha sempurna.

Mejoriti ulamak berpendapat, hukum mencabut atau mengcukut bulu kening adalah haram. Tapa tak tahulah pula kalau ada ulama-ulama dalam parti Islam Pas yang disertai Abby itu ada mengelurakan fatwa yang berlainan.

Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadith Riwayat Muslim)


Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis (bulu kening) dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo". (Hadith Riwayat Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)

Diharap selepas ini Abby pergi berjumpa dengan pakar bulu, dan bertanya bagaimana hendak menumbuhkan kembali bulu kening yang telah dicukur sejak sekian lama sejak bergelar artis. Bukan apa, takut nanti bulu kening yang dicukur itu segan nak tumbuh semula.
Share on Google Plus

About Unknown

5 comments:

  1. Sodap menyindir....

    BalasPadam
  2. Siap bagi hadis...

    BalasPadam
  3. Benda dah lepas nak buat macam mana lagi. Dah masa jahil...

    BalasPadam
  4. Nampak betul ostazah celup nie tak tahu pasal hukum halal haram. Bagaimana dia boleh dilantik menjadi oztazah ye????? Dah la tu sindir orang pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana?..Alim ulamak PAS yang lantik dia jadi 'Ostajah' dan xde siapa boleh pertikai..

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.