Bandar Baru FELDA Seluas 800 Hektar Di Pengerang, Johor

Gemas: Projek pembinaan bandar baru FELDA seluas 800 hektar di Pengerang, Johor, dijangka dimulakan tidak lama lagi.

Pembangunan peringkat awal itu membabitkan kawasan 40 hektar untuk menyediakan pelbagai infrastruktur yang mengambil peluang daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di kawasan itu.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata pembangunan bercampur seperti rumah kediaman dan kawasan komersil menyediakan pelbagai kemudahan kepada pekerja dan masyarakat ketika projek RAPID dilaksanakan.

Katanya, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said, turut bersetuju supaya pelbagai kemudahan untuk pekerja dan penduduk dimajukan di situ.

Kita punya tanah berhampiran RAPID dan pembangunan bandar baru itu membolehkan FELDA membantu menyediakan pelbagai kemudahan diperlukan, katanya selepas merasmikan majlis Transformasi Komuniti, FELDA Di Hati Janji Ditepati di FELDA Sungai Kelamah di sini, semalam.

Isa berkata, pembangunan bandar baru FELDA itu berdasarkan pengalamannya sebagai Menteri Besar, ketika memajukan Bandar Baru Nilai dan Sendayan dekat Seremban.

Mesti ada kemudahan lain yang dimajukan bersama. Jika tidak, kawasan itu tidak rancak membangun sebab tiada keperluan asas, katanya.

Selain itu, katanya, kira-kira 450 anak peneroka FELDA dan kampung berhampiran Pengerang akan mengikuti latihan kemahiran berkaitan RAPID seperti kerja kimpalan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di tempat sendiri.

Sementara itu, katanya FELDA bersetuju memberi bonus kepada peneroka, namun jumlah dan tarikh pembayaran akan diumumkan kemudian - Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.