Isu Lynas: Cukup Lah! Wahai Fuziah, Sampai Bila Nak Tipu Rakyat


Harap tidak ada yang marah sekiranya penulis gelarkan Fuziah Salleh ini sebagai MP atau wakil rakyat paling bebal yang pernah dimiliki oleh Pakatan Pembangkang.

Kenapa penulis mengelarkan dirinya sedemikian, kerana semangat bebalnya tidak pernah luntur menentang projek Lynas walaupun operasi loji pemprosesan bahan nadir bumi sudah bermula.

Biarpun dirinya mendakwa telah memperjuangkan isu Lynas ini sejak dari tahun 2008 lagi, namun di sepanjang tempoh itu tidak ada satu pun fakta soheh dibentangkan oleh ahli Parlimen Kuantan ini bagi menyatakan bahawa operasi pemprosesan bahan nadir bumi di Gebeng itu mendatangkan kesan radiasi serta membahayakan nyawa penduduk setempat.

Tidak cukup kalau hanya setakat berkempen bagai nak rak, berlakon dalam YouTube, berjalan kaki beratus kilometer, naik basikal, panjat bukit dan menghantar memorandum bantahan, tetapi apabila diminta fakta atau hujah untuk menyokong tindakan mereka ini tiada atau dalam bahasa tamil disebut 'elek'.

Wang sudah diambil dan sudah banyak dihabiskan untuk kerja-kerja menentang projek Lyans ini, mahu tidak mahu terpaksa diteruskan juga tugasan yang telah diarahkan walau dia sendiri tahu bahawa projek Lynas ini memang selamat serta  tidak merbahaya dan turut disokong oleh rakanya sendiri dalam PR yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang nuklear dan radioaktif.

Cukup, cukup sudah, cukup sampai di sini saja..Tidak ada apa yang perlu dikesalkan terhadap projek Lynas ini kerana semuanya berjalan lancar. Lebih elok Fuziah Salleh memuhasabahkan dirinya sendiri kenapa sukar benar menerima fakta dan lebih gemar membuat auta. Ingat! bila pakai tudung mana boleh menipu.. dosa tau!

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, semangat beliau dan penduduk setempat tidak luntur untuk terus menentang projek Lynas walaupun operasi loji pemprosesan di Gebeng, yang tertangguh, dilaporkan sudah bermula baru-baru ini.

Fuziah berkata, beliau telah menyuarakan isu ini sejak 2008 secara bersendirian sehinggalah wujud kesedaran di kalangan rakyat.

"Apa yang belum kita buat? Ke mahkamah sudah, buat semakan kehakiman sudah... jalan kaki, naik basikal, panjang bukit hingga hantar memorandum pun sudah dibuat.

"Tetapi rintihan itu semua ibarat jatuh ke 'telinga yang pekak dan tuli'. Kerajaan tidak respons kepada suara rakyat," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.