Apabila Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim tidak bersetuju dengan dasar dan sikap diktator Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng beliau terus membuat keputusan untuk tidak mahu dilantik semula sebagai Senator untuk penggal kedua selama tiga tahun lagi.
Serentak dengan keputusan beliau itu, Tunku Aziz juga meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi dan keluar dari parti.
Bagi bekas Pengerusi Transparency International Malaysia itu, Dap tidak mampu memisahkan identiti dan stigma parti itu sebagai sebuah badan politik yang rasis dan cauvinis.
Tunku Aziz melepaskan segala kedudukan tingginya dalam Dap walaupun cuba disogok oleh Guan Eng untuk menerajui Penang Institute dengan ganjaran RM50,000 sebulan.Serentak dengan keputusan beliau itu, Tunku Aziz juga meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi dan keluar dari parti.
Bagi bekas Pengerusi Transparency International Malaysia itu, Dap tidak mampu memisahkan identiti dan stigma parti itu sebagai sebuah badan politik yang rasis dan cauvinis.
Begitu rendah pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menganggap orang Melayu seperti Tunku Aziz yang berintegriti tinggi boleh dibeli dengan jawatan dan wang ringgit.
Berbeza pula dengan Senator Dr Syed Husin Ali yang menerima perlantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua mewakili negeri Selangor.
Teringat kisah yang diceritakan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ketika berceramah di kampung dan desa mengenai betapa susahnya untuk meyakinkan bekas pensyarahnya semasa menuntut di Universiti Malaya dahulu untuk menerima pelantikan sebagai seorang Senator.
Kata Anwar, walaupun pelbagai pihak termasuk Presiden PKR, Wan Azizah serta Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin kanan parti yang lain cuba memujuk Dr Syed Husin supaya menerima pelantikan itu sebagai penghormatan di atas perjuangan lama beliau di dalam bidang politik, namun mereka semua tidak berjaya mencairkan tekad tokoh veteran itu.
Di sini Anwar menonjolkan dirinya sebagai hero filem Hindustan dengan mengatakan biar dia sahajalah yang meleraikan kekusutan itu.
Maka berceritalah Anwar bahawa beliau menalipon Dr Syed Husin yang ketika itu berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah haji.
Dengan sekali panggilan sahaja, Anwar berkata beliau berjaya melembutkan hati mentor politiknya untuk menjadi Ahli Dewan Negara.
Maka Dr Syed Husin dilantik secara rasmi sebagai Senator pada 16 Disember 2009.
Daripada cerita Anwar bahawa gurunya itu sememangnya tidak mahu sebarang apa pun lantikan mahupun darjah kebesaran, kini Dr Syed Husin menyambung tempohnya sebagai anggota Dewan Negara untuk kali kedua.
Ada dua kemungkinan mengapa jalan cerita Anwar berlainan dengan hakikat yang berlaku.
Pertama Anwar berbohong dan mereka-reka cerita kepada penyokong PKR untuk menunjukkan betapa komitednya Dr Syed Husin yang berjuang semata-mata atas dasar prinsip tanpa mengharapkan sebarang habuan atau balasan.
Alasan ini mudah diterima akal kerana Anwar seperti yang dimaklum memang suka berbohong, contohnya beliau berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa negara akan mendapat sebuah kerajaan pusat baru di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat pada 16 September 2008 dan beliau sebagai Perdana Menteri.
16 September berlalu dengan penuh debaran dan kegusaran tetapi apa yang digendang-gendangkan tidak berlaku dan Anwar terpaksa menelan hempedu pembohongan yang pahit.
Realitinya Dr Syed Husin tidak pernah mahu menolak tawaran untuk menjadi Senator, kerana jika faktor usia atau komitmen dijadikan alasan, tidak mungkin beliau boleh menerima pelawaan kerajaan negeri Selangor untuk melantikna semula.
Semua ini adalah wayang yang dimainkan oleh Anwar dan PKR yang cuba mengaburi mata rakyat bahawa perjuangan mereka adakah ikhlas dan tidak berlapikkan kepentingan diri, keluarga dan kroni.
Inilah yang membezakan antara ketokohan sejati yang dimiliki oleh individu seperti Tunku Aziz dan kepalsuan yang dipamerkan oleh seorang yang dikatakan sebagai pejuang seperti Dr Syed Husin.
Jurang antara kedua individu ini adalah jauh berbeza.
Satu sanggup melepaskan semula jawatan berserta segala keistimewaan dan kemudahan yang boleh diperolehi.
Satu pihak lagi terpaksa memintal hikayat dan cerita ceriti untuk menutup kemahuan yang meluap-luap terhadap jawatan, prestij dan kuasa.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.