Tiada Ciri Kepimpinan, Hadi Awang Memang Layak Jadi Nelayan


Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaiamana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap ‘terbuka’ terhadap apa jua cadangan dan keputusan. Malah, beliau juga membayangkan rasa ‘syok’ sekiranya ia benar-benar menjadi realiti.  Ini menunjukkan yang Hadi ‘teringin’ juga merasa menjadi Perdana Menteri. 

Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim.
 
Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS.  Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka. 

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM.  Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri. 

Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya.  Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi ‘orang-kuatnya’, yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.  

Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan ‘segan’ untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM.  Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri. 

Apakah ertinya ini?  Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian?  Untuk menunjukkan ‘kezuhudan’ Hadi Awang?  Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan? 

‘Permainan’ Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS.   Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato’ Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka.  Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil. 

Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati.  Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. 

Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri?   

Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya.  Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka.   Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia.  Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi. 

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama. 

Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya. 

Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba ‘mengajar’ golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang.  Oleh itu, Gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain. 

Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar.  Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa, yang tidak berdaya melawan atau bersuara.  Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan… 
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. mungkin mat sabu lebih layak kot? cammana la pula gamba kezuhudan dia ya?

    Analisis bingai sekiranya PR menang PRU13
    di TENDANG TERAJANG

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.