Tanda-Tanda Lelaki Sedang Merajuk Yang Perlu Difahami Wanita

Merajuk sinonim dangan kaum perempuan. Kononya, sikap merajuk hanya dimiliki oleh kaum perempuan yang hatinya lebih mudah terguris dan tersentuh. Ada yang kata lelaki tak pernah merajuk kerana lelaki merajuk tidak macho dan kurang kejantananya. Benarkah?

Sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai sikap rajuk tersendiri. Malah dikatakan orang lelaki kalau merajuk lagi teruk penangannya. Lagi buruk rupanya. Wanita merajuk mungkin kerana ingin dimanja dan menguji kasih sayang pasangan terhadap dirinya.

Manakala, lelaki pula merajuk kerana  merasa kurang puas hati atau marah tetapi perasaan itu tidak diluahkan dan dipendamkan sahaja.

Tedapat pelbagai cara untuk memujuk lelaki yang merajuk. Terpulang pada anda untuk memujuk dengan cara yang bagaimana. Salah satu daripadanya dengan mengambil hatinya dan melakukan apa yang disukainya.

Tapi jika sudah pelbagai cara anda gunakan dan dia masih merajuk dengan anda, cara terbaik adalah dengan membiarkan dia melayan perasaannya. Bukan semua orang merajuk suka dipujuk. Ada kalanya orang merajuk perlu dibiarkan bersendirian dan dia akan kembali normal selepas sehari dua.

Tanda-tanda merajuk

1. Buat Tak Tahu. Ini merupakan cara protes paling teruk kerana anda akan berasa geram dan sakig hati dengan perbuatanya. Si dia hanya akan buat acuh tidak acuh dengan dengan segala perbuatan dan percakapan anda, seolah-olah anda tidak berada dihadapanya. Dia mungkin akan melakukan apa yang anda minta tapi semuanya hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Atau lebih teruk lagi, dia akan buat-buat tak dengar apa yang anda katakan padanya.

2. Diam. Sepanjang bersama anda, dia hanya akan mendiamkan diri dan tidak berbual seperti biasa. Dia tidak akan sesekali bersuara walaupun anda bercakap denganya. Sekadar mengangguk atau menggelengkan kepalanya sehaja. Jika ini berlaku, memang sahih dia sedang merajuk dengan anda.

3. Serius Dan Muka Masam. Satu lagi petanda dia sedang merajuk ialah dia bersikap serius apabila berhadapan dengan anda. Kalau biasanya dia gemar mengusik atau menyakat anda, tapi apabila merajuk semuanya berubah. Tambah menyakitkan hati apabila, dia menarik muka apabila melihat kelibat anda.

4. Keluar Rumah Tanpa Beritahu. Kalau dia bertindak keluar rumah melulu tanpa memberitahu anda seperti kelazimanya, dia mungkin sedang merajuk dengan anda. Dia bertidak sedemikian kerana ingin menunjuk protes. Anda pula jangan mendesaknya untuk menjawab pertanyaan kerana pasti dia hanya akan buat tidak tahu sahaja.

5. Tutup Telefon Bimbit. Tutup telefon bimbit merupakan satu tabiat lelaki apabila dia tidak mahu diganggu. Itu juga pentanda dia tidak suka diganggu di saat perasaanya sedang terganggu atau marah. Jestru, bagi mengelakkan gangguan anda, dia akan menutup telefon bimbutnya. Sebabnya, mudah. Dia tidak mahu mendengar suara anda kerana khuatir marahnya tidak akan hilang dan ingin mencari ketenangan.

6. Tak Mahu Makan Bersama. Lelaki yang merajuk biasanya tidak mahu berjumpa dan bertentang mata dengan pasangannya. Anda akan tahu jika dia menolak untuk berjumpa dan makan bersama anda dengan memberikan pelbagai alasan. Antaranya, tiada selera, kenyang dan sebagainya. Tapi sebaik sahaja selesai makan, dia terus makan. Geram, kan!

7. Baca Tanpa Henti. Membaca surut khabar antara tabiat orang lelaki. Tak sah baginya kalau tidak membaca akhbar dalam sehari. Tapi kalau dia membaca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab, itu tanda jiwanya tidak tenteram atau ada perkara tertentu yang mengganggu dirinya pada waktu itu. Terutama sekali, jika dia masih lagi membaca walaupun hari sudah lewat malam tanpa memperdulikan diri anda.

8. Menonton Sehingga Larut Malam. Satu lagi petunjuk yang menandakan si dia sedang merajuk dengan anda ialah si dia akan menonton televisyen sehingga larut malam walaupun rancangan tersebut bukan siri kesukaanya. Pandanganya mungkin terarah ke kaca televesyen tapi hati dan fikiranya mungkin menerawang ke tempat lain. Anda perlu peka jika dia bersikap seumpama ini.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.