AMPANG: Dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Diana
Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah
filem, Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Hotel
Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar
Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12
pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan
Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.
Diana, 21, berkata dia sukar untuk menggambarkan perasaannya kerana berasa lega, tenang dan gembira dengan kelancaran majlis.
“Saya tidak terkata. Syukur sangat semuanya (majlis) berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mama yang datang jauh dari Perak dan keluarga baru (mertua) dari Kedah,” katanya.
“Saya tidak terkata. Syukur sangat semuanya (majlis) berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mama yang datang jauh dari Perak dan keluarga baru (mertua) dari Kedah,” katanya.
Farid, 31, pula berkata, dia berasa gembira kerana akhirnya dia dapat
memperisterikan Diana yang sudah hampir empat tahun dikenalinya.
“Saya gembira dan bersyukur kerana dapat isteri. Sejak awal perkenalan lagi saya sudah terdetik untuk memperisterikan Diana.
“Namun, ia tertangguh kerana faktor usia Diana yang terlalu muda dan belum sampai seru (ketika itu).
“Saya berdoa agar Diana menjadi isteri yang soleh dan perkahwinan ini kekal ke alam syurga,” katanya.
Diana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.
Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin
lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al
Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.
Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak
sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal
mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan
manisan.
Pada majlis itu, Diana ditemani ibunya, Norsiah Ramli manakala pihak
lelaki diwakili ibu dan bapa, Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah
Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta adik-beradik Farid.
Aktres berdarah kacukan itu tampil ayu bertudung dengan padanan baju kurung tradisional rona putih dan merah jambu rekaan Wanpa.
Sementara Farid pula segak dengan sut putih rekaan Andy dan menyarung capal.
Majlis berkonsepkan perkahwinan dalam taman itu dihadiri kira-kira
300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman
rapat, rakan artis dan wakil media.
Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah penerbit MIG David Teo, pelakon Yana Samsudin dan Iqram Dinzly.
Pasangan pengantin turut menerima hadiah istimewa daripada David iaitu seutas jam tangan untuk Farid dan gelang buat Diana - Mstar
P|S: Penulis doakan semoga perkahwinan diaorang berdua ni kekal hingga ke akhir hanyat. Selamat datang ke alam dunia kehidupan sebenar..
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.