Pertahan Nurul Izzah, Nik Aziz Terus Dihasut Bisikan Syaitan


Hanya mendengar bisikan syaitan atau lebih tepat lagi, merujuk kepada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, Nik Aziz terus mempertahankan Nurul Izzah tanpa memberi pejelasan yang kukuh berhubung isu kebebasan agama.

Nik Aziz sepatutnya tidak menyalahkan pihak media jika dirinya sendiri pun tidak faham dengan jelas kenyataan Nurul Izaah yang dinyatakan dalam sebutan bahasa inggris seperti yang yang tersiar dalam klip YouTube di bawah.


Oleh kerana kini sudah memasuki mood pilihanraya, mahu tidak mahu, Nik Aziz terpaksa menyelamatkan keadaan dan mempertahan kenyataan Nurul Izzah dengan apa jua cara sekalipun agar dapat menghalang ahli bawahan PAS dari terus mempertikai kenyataan yang dikelurakan oleh Nurul Izzah itu.

Selaian hendak menyelamatkan keadaan dan bimbang hal ini akan menjejaskan peluang PR menawan Putrajaya. Nik Aziz terpaksa mempertahankan kenyataan Nurul Izzah kerana bimbang dana pilihanraya yang disalurkan kepada PAS akan disekat selain faktor Nurul Izaah adalah anak kepada Anwar Ibrahim yang sanggat disanjungg tinggi oleh penyokong PR termasuk ahli PAS.

Sekiranya individu yang mengeluarkan kenyataan seperti Nurul Izzah ini adalah Nasharuddin Md Isa sudah pasti maklum balas yang diberi oleh Nik Aziz sebaliknya, malah hentaman serta kecaman yang bakal diterima pula lebih hebat lagi terutama dari kalangan penyokong parti seperti yang kita  lihat sebelum ini.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan kerana mahu menang pilihanraya, akidah umat Islam sanggup digadaikan semata-mata ingin memancing undi dari kalangan orang bukan Islam. Nik Aziz selaku tokoh agama yang tinggi ilmunya serta memiliki daya pemikiran yang tajam biarpun usia sudah menjangkau 80an, sepatutnya bijak membuat penilaian berhubung isu ini dan bukan hanya mendengar bisikan syaitan yang berada disekelilingnya.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.