Tun M Sokong Perlaksanaan Sistem AES, Anda Semua Bagaimana?


Dalam ramai-ramai yang dok kata perlaksanaan sistem AES ini tak bagus, tiba-tiba keluar pula kenyataan dari mulut Tun Mahathir sendiri yang menyatakan bahawa sistem AES patut diteruskan demi kebaikan bersama.

Apa macam sekarang, nak sanggah ke tidak kenyataan Tun M ini yang dilihat menyokong perlaksanaan sistem AES yang buat julung kalinya diperkenalkan di negara ini.

Penulis sendiri pada asalnya menentang perlaksaanaan sistem AES ini. Tapi tak tahu ntah macam mana hati ini boleh terbuka untuk menerima sistem baru yang diperkenalkan oleh kerajaan ini untuk mengawal jumlah kemalangan dan mendidik pemandu supaya mematuhi peraturan.

Memandu kenderaan dengan mengikut peraturan bukan sahaja dapat manjimatkan wang tetapi juga mampu menyelamatkan nyawa. Apa-apa pun anda sendiri mampu mengubahnya. Mana yang masih tak berpuas hati tu, harap dapat bersabar, benda baru biasalah mesti ada kelemahanya, lama-lama nanti ok lah tu setelah penambahbaikan dibuat.

Cuba runung-renungkan kata-kata Tun M yang penulis tebalkan di bawah, jika anda seorang yang boleh berfikir secara rasional, pasti anda dapat lihat kebenaran seperti dalam ayat yang dinyatakan itu..Fikir-fikirlah..

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seharusnya diteruskan demi kebaikan bersama.

Beliau berkata, desakan pembangkang untuk menangguhkan perlaksanaan AES hanya akan merugikan rakyat.

“Ini benda baik, kalau rakyat rasa hendak jadikan benda yang baik ini sebagai isu, rakyat yang akan rugi.

“Kalau di sini (Malaysia) nak buat apa pun kena pikir nak menang atau kalah dalam pilihan raya, padahal semua orang tahu sistem ini AES adalah baik seperti di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada satu majlis dialog simposium anjuran Universiti Malaya pada Selasa.

Dr Mahathir secara peribadi tidak menolak pelaksanaan AES dalam negara dan ia tidak perlu ditangguhkan semata-mata untuk pilihan raya umum.

Beliau berkata, pihak pembangkang segaja mempersoalkan tindakan kerajaan bagi memancing undi.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung persedian Barisan Nasional terhadap pilihan raya umum, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Itu kena tanya Datuk Seri Najib, saya tak tahu dia bersedia ke tidak," kata Mahathir.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.