Mukmin Dituntut Agar Tak Kedekut Belanja Harta


Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya dua malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata: “Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja”, dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya: “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Islam menggalakkan umatnya supaya gemar membelanjakan harta dan membenci sifat kedekut (bakhil). Harta yang dibekukan oleh seseorang akan dimusnahkan oleh Allah.

Islam melatih umatnya supaya menjadi manusia yang pemurah dan tidak menjadi manusia bakhil. Berbelanja atau tidak adalah hak seseorang sedangkan pembalasannya adalah hak Allah.

Harus berdoa untuk orang pemurah supaya digantikan apa dibelanjakan dengan yang lebih baik daripada apa telah dibelanjakan, dan harus berdoa ke atas orang bakhil dengan dibinasakan hartanya yang ditahan daripada berbelanja pada jalan diwajibkan. (Kitab Riyadh as-Solihin)

Rasulullah SAW bersabda: “Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah mewujudkan sifat semula jadi dalam diri manusia iaitu sifat belas kasihan yang menggerakkan seseorang itu untuk bersedekah.

Firman Allah SWT: “Bandingan (perbelanjaan/derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 26) - Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.