Usah Peduli Siapa Bakal Menteri Besar Dari BN Jika PR Yakin Kekalkan Kuasa Di Selangor


Sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri Selangor dari tangan Pakatan Pembangkang pada PRU13 akan datang, sesiapa sahaja yang telah dipilih untuk menjadi wakil rakyat, pemimpin tersebut layak untuk menjawat jawatan Menteri Besar di Selangor.

Paling utama ialah calon Menteri Besar yang bakal dipilih itu kelak, mestilah calon yang mendapat sokongan akar umbi serta diterima oleh mejoriti rakyat Selangor selain mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan.

Penulis tidak rasa BN Selangor akan menghadapi masalah dalam pemilihan siapa yang layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya berjaya menawan Selangor. Fokus utama para pemimpin BN di Selangor sekarang ini hanyalah untuk memikirkan dan menyusun strategi bagaimana untuk menawan kembali Selangor. Tak timbul soal siapa layak jadi MB kerana keputusan pilihan raya umum masih belum diketahui lagi.

Apa yang cuba dibangkitkan oleh Pembangkang dengan membuat desakan terhadap BN Selangor agar mengumumkan lebih awal siapkah bakal MB Selangor yang baru jika berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh PKR, DAP dan PAS itu hanyalah satu strategi politik bertujuan untuk melemahkan fokus seleuruh jentera pilihanraya BN yang kini dilihat semakin kuat dan ampuh setelah bangkit dah belajar dari kekalahan yang lepas.

Adalah lebih baik kiranya Pakatan Pembangkang di Selangor memikirkan akan nasib parti masing-masing yang kini semakin ditolak rakyat akibat dari kegagalan kerajaan negeri menunaikan segala janjinya kepada rakyat. Jika dilihat situasi Pakatan Pembangkang hari ini, mereka kelihatan sangat yakin dapat mengekalkan  kuasa dan terus mentadbir negeri Selangor jika dinilai dari ucapan atau kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin Pembangkang serta penyokong taksub yang saban hari mendendangkan kemenangan Pakatan Pembangkang yang sekian lama tertangguh di laman-laman sosial yang adakalanya sungguh menggelikan hati...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam - Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.