Kenyataan
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud yang juga Ahli
Parlimen Kota Raja bahawa pemimpin muslimat PAS akan mengisi kuota 30%
kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam PRU 13 nanti agak menarik untuk
diulas.
Ini
kerana ia mengingatkan kita kepada beberapa fatwa flip flop halal dan
haram dari Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz
Nik Mat berkaitan isu kaum hawa yang agak kontroversi pada dekad 90-an
dulu.
Antaranya
termasuklah kecamannya terhadap pemimpin Wanita UMNO yang menjadi wakil
rakyat dan menteri konon golongan hawa tidak layak menjadi pemimpin
atas sebab peranan tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh kaum Adam
sahaja.
Rentetan
dari situ, bertahun-tahun jugalah Ketua Wanita Wanita tika itu, Datuk
Seri Rafidah Aziz yang juga adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri telah dijadikan punching beg oleh pengikut PAS termasuklah
memperbesarkan keharaman dari segi aurat suara.
Namun
ketika negara mengharungi PRU 10 tahun 1999, penyokong PAS tiba-tiba
terpinga-pinga bila senario sudah berubah dan mereka terpaksa pula
menelan kahak sendiri setelah diarah menyokong isteri kepada Anwar
Ibrahim yang bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Sejak
itu, kecaman terhadap Datuk Seri Rafidah mula berkurangan mungkin
kerana penyokong PAS sudah menyedari betapa loyanya menjilat semula
ludah Nik Aziz dan kahak sendiri.
Dalam
dekad 90-an juga, Nik Aziz juga pernah mencetuskan kontroversi dengan
melarang qariah dari negeri itu menyertai Tilawah Al-Quran atas alasan
untuk jaga aurat suara serta disebabkan Nik Aziz "berpendapat rakyat
Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam".
Bagaimanapun
baru beberapa bulan lalu, kekangan terhadap qariah dari Kelantan
dengarnya terpaksa ditarik semula setelah suara desakan para qariah dan
orang ramai semakin menyakitkan halwa telinga Nik Aziz.
Selain
larangan dan 'fatwa flip flop' tersebut, isu wanita tidak diharamkan
dari berhias dan bergincu di luar rumah juga pernah tersembur dari mulut
Nik Aziz, juga dalam dekad itu dan turut mengundang kontroversi.
Selain
turut mengundang kontroversi ia juga kekal diingati ramai orang sebagai
lawak jenaka paling unik tambah-tambah lagi bila ramai rakyat Kelantan
yang pernah terserempak dengan isteri dan anak Nik Aziz yang dilihat
merah bibirnya sewaktu mereka berada di luar rumah.
Mungkin
Nik Aziz boleh beralasan merah gincu di bibir isteri dan anak
perempuannya bukanlah hasil calitan gincu tapi hanya sekadar calitan
warna dari cat pagar rumah yang berbaki.
Apapun
inilah realitinya yang menuntut kita berfikir sejuta kali sebelum
mencerna atau menerima tiap bait kata yang keluar dari mulut busuk
seorang politikus yang memperalatkan dalil atau hujah agama demi
kepentingan politik kepartian.
Dalam
pada itu, kini juga kita berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri
gelagat beberapa artis wanita yang baru 'bertaubat alaPAS' galak memberi
ceramah politik di depan khalayak ramai dalam keadaan berhias sakan dan
bibirnya pula merah dengan gincu.
Nampak
gayanya soal aurat suara pun sudah tidak timbul apatah lagi isu berhias
dan bergincu di luar rumah. Tidak pula timbul keharaman aurat suara
seorang perempuan. Barangkali fatwa lama sudah expired agaknya.
Disamping
itu, dulu pernah juga Nik Aziz menyarankan kaum wanita yang cantik
supaya tidak bekerja untuk mengelakkan maksiat kononnya.
Kini,
ia juga sudah tidak kedengaran sebaliknya makin ramai pula wanita comel
lote badan bergetah yang mengisi kekosongan jawatan di Pejabat MB Kota
Darul Naim.
Mungkin
juga Muslimat PAS yang sekarang ini ada yang jadi YB tak termasuk dalam
kategori cantik dan comel, barangkali sebab itulah bebas bekerja
sebagai wakil rakyat dan exco negeri.
Dan
barangkali semua bakal calon yang akan memenuhi kuota 30% PAS itu pun
termasuk dalam kategori buruk macam Mak Lampir PKR, itu pasal
masing-masing diberi kebenaran dan ditawarkan peluang merasai pengalaman
bertanding pilihanraya.
Hakikatnya,
walau apapun alasan dan jenis larangan serta fatwa halal haram keluar
dari mulut Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain, rumusan mudahnya semua
akan berakhir dengan flip flop mengikut kemahuan politik parti.
Haram
bila PAS gagal memanfaatkannya, kini halal untuk PAS dan sekutu bila
dirasakan menguntungkan, esok pula?... makruh agaknya.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.