Impian Karpal Singh, Mat Sabu, Khalid Samad, Mahfuz Omar dan seluruh penyokong Anwar dalam PAS yang ingin sangat melihat Nasharuddin Mat Isa ditendang keluar dari PAS berkecai apabila Majlis Syura Ulamak telah membuat keputusan untuk mengekalkan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam saf kepimpinan parti.
Perkembangan terbaru ini, sudah pasti akan membuatkan bebrapa orang pemimpin utama dalam PAS merasa tidak puas hati, panas punggung dan apa yang lebih merisaukan mereka ialah kedudukan jawatan dalam parti terancam ekoran tak jadinya tindakan memecat Nasharudin itu.
Nampaknya PAS sudah mula berhati-hati dan belajar dari pengalaman lepas sebelum membuat sebarang keputusan untuk memecat mana-mana ahli parti yang tidak sehaluan pendapat dengan rakan mereka dalam Pakatan Pembangkang kerana risau akan impak yang bakal diterima parti itu jika tersilap langkah.
Sebelum ini penulis pernah menyatakan sekiranya keputusan majlis Syura Ulamak PAS mengekalkan Nasharuddin dalam PAS, kedudukan Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS hari ini bakal terancam kerana pada pemilihan atau muktamar PAS akan datang, Nasharuddin Mat Isa pada awal-awal lagi telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kembali merebut jawatan itu.

Sekiranya PAS tidak mengikut telunjuk mereka, sudah tentu dana pilihanraya untuk kali ini jumlahnya kurang sedikit dari biasa atau PAS terpaksa meminta derma lebih dari rakyat dengan menggadai Islam untuk memastikan calon-calon dalam PAS dapat bertanding.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa bekas timbalannya, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.
Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam ini.
Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.
"Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya menjawab soalan pemberita berhubung isu kedudukan bekas timbalan presiden itu - Malaysiakini
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.