Kedutaan Jerman Terlibat Membantu Suaram Memburukkan Najib?

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jerman di sini mengaku menyalurkan dana kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber berkata, kedutaan membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.

"Projek dengan Suaram adalah pada 2010 yang kami telah buat penilaian," katanya dan menurutnya beliau tidak ingat projek itu berkaitan apa dan "jumlah (dana) adalah terhad".

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Malaysia Pahang dan dua syarikat Jerman di sini Rabu.

Siasatan awal oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud transaksi dana antara Suara Inisiatif, yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965, dan Suaram.

SSM telah dikritik oleh beberapa NGO atas dakwaan gagal bertindak terhadap Suaram yang, antara lain mengaku menerima dana daripada negara-negara asing.

Kritikan itu berikutan laporan bahawa Suaram bukan sebuah NGO tetapi sebaliknya adalah sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd.

Ketika ditanya sama ada kedutaan itu akan membiayai projek lain Suaram, Duta itu berkata, kedutaan akan mengkaji mana-mana cadangan "mengikut penilaian kami".

"Kami juga menyokong Majlis Peguam berhubung hak masyarakat pribumi. Kami lakukannya setiap masa. Ini adalah sebahagian sistem nilai-nilai kami," katanya. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.