Dato’
Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang sebelum ini dikhabarkan
sering keluar masuk hospital kini semakin sihat. Cakapnya dan gelaknya
juga sudah kembali kuat. Jika beliau dikatakan hampir pasti akan
meletakkan jawatan atau tidak akan bertanding kerana sebab-sebab
kesihatan, kini kata-kata itu perlu difikirkan semula.
Azizan nampaknya begitu bersemangat untuk bertanding lagi dan meletakkan jawatan tentulah jauh sekali.
Keadaan
ini menyebabkan musuh-musuhnya yang berada di dalam selimut, di dalam
lipatan, di atas bumbung, di dalam kereta dan sebagainya semakin resah. Walaupun begitu banyak serangan di lakukan mereka secara terbuka, nyata
sehinggalah kepada cara halus untuk menjatuhkan Azizan, Azizan
nampaknya akan terus kekal dan tidak berganjak.
Apatah
lagi apabila golongan pro-Ulama di dalam PAS kini dikatakan mula
bangkit setelah mendapat tiupan semangat baru dari Nasharuddin. Azizan
yang berada dalam kelompok Ulama difahamkan amat sukar bertoleransi
dengan puak Anwarinas. Beliau juga menolak kumpulan Syiah mentah-mentah
serta enggan berkompromi dengan DAP.
Pendirian
Azizan inilah yang menyebabkan beliau enggan melepaskan jawatannya. Ini kerana, kesemua musuh-musuh dalaman yang mensasarkan jawatannya
adalah terdiri dari sama ada golongan Anwarinas, Syiah atau talibarut
DAP. Antaranya ialah Phahrolrazi, Mahfudz dan Mat Sabu.
Sumber-sumber
dalaman membayangkan yang Azizan lebih rela PAS kalah di Kedah daripada
menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada mana-mana dari mereka di atas.
Bagi Azizan, biarlah UMNO yang menerajui asalkan bukan golongan
pro-LGBT, Syiah atau alat kafir harbi.
Kita
sanjung prinsip dan pendirian Azizan. Namun, kita ingin ingatkan
Azizan bahawa prinsip yang mulia sahaja belum cukup untuk memastikan
negeri terpelihara dan rakyat hidup sejahtera.
Benar,
membiarkan puak-puak LGBT, Syiah dan Kafir harbi memerintah adalah
berdosa tetapi pemimpin yang gagal menangani masalah rakyat, membiarkan
negeri terus mundur, tidak peka dengan kemusnahan alam sekitar dan tidak
mampu menjana pendapatan negeri juga berdosa.
Jelas, pemimpin yang sebegini adalah tidak layak berada di tempatnya.
Bukan
Azizan tidak tahu bahawa keadaan negeri Kedah adalah semakin merosot
dari sebelumnya. Anak-anak syarikat kerajaan negeri seolah-olah masih
‘terpinga-pinga’ walaupun sudah hampir sepenggal PAS memerintah.
Azizan
langsung tidak punya perancangan untuk meningkatkan pelancongan di
Kedah, malah pusat pelancongan sedia ada juga tidak dipelihara dengan
baik. Segala projek besar yang digembar-gembur konon bakal memacu
ekonomi Kedah, hanya tinggal cakap kosong belaka kerana tiada siapa yang
mahir untuk melaksanakannya. Lebih buruk, bila begitu ramai yang
menjadi tamak haloba akibat tidak pernah merasa atau bermimpi akan mampu
duduk di mana mereka berada.
Projek
peninggalan BN yang telah berjaya seperti Kulim Hi-Tech Park juga kini
telah menampakkan masalah akibat ketidakcekapan dan ketamakan pihak
pengurusan. Namun, Azizan langsung tidak menyedarinya.
Kedah kini bergerak ke belakang dan bukannya ke hadapan gara-gara mempunyai pemimpin yang tidak layak berada di tempatnya.
Azizan
pasti tahu bahawa menurut Islam, meletakkan sesuatu yang bukan di
tempatnya adalah satu ketidakadilan. Dan ketidakadilan pasti membawa
kepada kemusnahan.
Justeru,
jika Azizan benar-benar seorang yang berpegang kepada prinsip yang
mulia, maka Azizan juga wajib memikirkan mengenai ketidakadilan yang
sedang dilakukannya terhadap rakyat Kedah. Mungkin elok jika Azizan
membantu mengembalikan saja Kedah ke tangan BN untuk kebaikan semua.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.