Tips Mengajar Anak Menjadi Seorang Yang Kreatif


Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imiginasi yang tinggi dan kreatif.Kemahiran berfikir secara kreatif sebenarnya boleh dipupuk sejak dari kecil lagi.Persoalannya apakah aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membentuk kreativiti?

1. Menconteng, mewarna dan melukis

Anak-anak kecil amat suka melukis.Anda pasti terkejut dengan karya seni anak yang tiba-tiba terpapar di dinding rumah yang baru dicat.Jangan dimarahi anak anda itu,sebaiknya bekalkan anak anda dengan kertas dan alat tulis yang sesuai.Sediakan juga buku mewarna untuk anak.

Anak yang suka menconteng,melukis dan mewarna akan sentiasa mempunyai aktiviti yang bermanfaat dan kurang masa untuk melakukan sesuatu yang tidak berfaedah.Kemahiran melukis meningkatkan otak kanan anak anda. 

2. Kraftangan

Selain melukis,libatkan anak-anak dalam aktiviti bercorak kraftangan.Ajak anak menghasilkan karya seni atau kraftangan daripada bahan buangan.Ini akan memupuk rasa cintakan alam sekitar di samping membentuk daya kreatif anak. Mengajar anak seni lipatan seperti origami juga membina daya kreativiti anak serta membantu membangunkan pergerakan motor halusnya.

3. Bermain lego dan blok

Anak berupaya membina kreativiti dari kedua-dua permainan ini.Anak dapat menghasilkan karya yang  kadang kala di luar kawalan kita dengan menggunakan blok dan lego.Permainan blok dan lego juga mengembangkan daya kognitif anak.Konsep ruang, tinggi. rendah serta besar kecil dapat dipelajari secara langsung.

4. Jigsaw puzzle

Salah satu aktiviti yang dapat membina kreativiti anak adalah melalui jigsaw puzzle.Anak harus mampu melihat gambaran yang menyeluruh untuk menyelesaikan puzzle. Bermulalah dengan jigsaw puzzle yang mudah, yang mempunyai dua hingga tiga pecahan dan tingkatkan cabaran.

Malah anda boleh menghasilkan jigsaw puzzle anda sendiridengan menggunakan gambar dari poster.Pertama kali melaksanakan aktiviti ini pastikan gambar yang dipilih adalah gambar yang mudah dan dikenali anak anda.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.